KUALA LUMPUR : Kabinet bayangan oleh Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan wakil kaum bukan Melayu, ujar Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
Dalam masa sama, katanya, penglibatan wakil dari Sabah dan Sarawak disifatkan sangat kurang, selain hanya melantik tiga wanita menyertai barisan kabinet bayangan itu.
"Saya kategorikan Kabinet bayangan ini seperti Kabinet tidak cukup sifat dan separuh masak kerana tidak melibatkan komponen yang paling utama. Misalnya, di mana wakil kaum bukan Melayu, iaitu kaum Cina, India, dan juga wakil Sabah dan Sarawak hanya satu portfolio sahaja, meskipun 29 portfolio diwujudkan.
"Kedudukan wanita bagaimana pula, berbanding dengan Kerajaan Perpaduan yang melantik lima wanita sertai Kabinet, namun, Kabinet Bayangan hanya tiga wakil wanita. Ini disifatkan sebagai separuh masak dalam membentuk persediaan jika mereka perlu ganti PH bila-bila masa sahaja," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
BACA: PN lancar Kabinet bayangan
Ujarnya, Malaysia perlu ada keterbukaan dalam politik dan tidak boleh lagi membawa budaya politik yang lama.
"Kalau ini (politik lama) masih ada lagi dalam kalangan pemimpin-pemimpin Kerajaan atau pembangkang, saya yakin kita akan bergerak ke belakang dalam arena politik negara," ujarnya.
Bagaimanapun beliau melihat Kabinet bayangan itu perlu diiktiraf oleh Kerajaan dengan melibatkan mereka dalam perbincangan, mendapatkan maklumat, mesyuarat bersama, atau melalui jawatankuasa pilihan tertentu di Parlimen.
"Inilah platform untuk angkat idea bukan sahaja dari Kerajaan, tetapi juga memberi ruang penglibatan Ahli Parlimen PN untuk bersama-sama memastikan kestabilan politik, mekarkan ekonomi negara dan mengetepikan perbezaan politik.
"Dalam konteks membangunkan negara, Kerajaan dan pembangkang mesti duduk bersama dan kalau boleh beri elaun, sila berikan. Namun (lihat) bagaimana mereka nak berfungsi dengan baik daripada Kabinet bayangan PN. Jangan hanya bercakap tentang slogan, bagaimana nak ubah negara, tetapi kita masih di takuk lama iaitu tidak mahu menerima perubahan dan perbezaan," tambahnya.
Dalam pada itu, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berjiwa besar dalam menerima pandangan pembangkang termasuk Kabinet bayangan Perikatan Nasional (PN).
Dalam masa sama, Mohammad Tawfik mengesyorkan pemberian elaun kepada ahli Kabinet bayangan bagi membantu Kerajaan membangunkan negara.
"Kita perlu libatkan ahli pembangkang, dan berikan elaun sebagai sumbangan dan kerja ahli Kabinet bayangan bantu kerajaan, ini akan wujudkan kematangan politik baharu. Ketepikan pertelingkahan politik dan kita jadikan ini sebagai wadah semua Ahli Parlimen untuk bantu kerajaan dan saya yakin mereka yang nak jadi kerajaan ada sikap nak bangunkan negara, namun jangan hijack di tengah jalan.
"Jangan hanya pandai kritik, tetapi tiada idea untuk membina kepada Kerajaan. Siapa pun kerajaan kena kongsi serta beri keyakinan dan pastikan perjalanan negara adalah untuk rakyat," katanya.
Rahimah Abdullah
Mon Feb 06 2023

Mohammad Tawfik turut mengesyorkan pemberian elaun kepada ahli Kabinet bayangan bagi membantu Kerajaan membangunkan negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.

Pasca-PRN: Anwar perlu pertimbang Tok Mat ganti Ahmad Zahid - Penganalisis
Beliau berpandangan Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat perlu menggantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Impak terhadap sokongan kepimpinan Anwar
Anwar berpeluang berjumpa dengan pimpinan negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Kabinet bayangan PN tidak cukup sifat dan 'separuh masak' - Penganalisis politik
Bagaimanapun, Kabinet bayangan itu perlu diiktiraf oleh Kerajaan dengan melibatkan mereka dalam perbincangan bersama.

PAU2022: Demokrasi UMNO mati, Anwar perlu campur tangan nasihat Zahid - Penganalisis politik
Keputusan UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti memberi maksud demokrasi parti itu sudah mati dan sekali gus bakal beri kesan langsung kepada Perdana Menteri.

PAU2022: Medan terbaik kupas kegagalan Pemuda, Puteri UMNO pikat orang muda - Penganalisis
PAU 2022 menjadi medan terbaik untuk mengupas kegagalan UMNO memikat pengundi muda yang semakin menjauhkan diri daripada parti berkenaan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

PRU15: 'Rakyat boleh tuntut lebih satu manifesto jika kerajaan campuran terbentuk'
Perkara itu tidak mustahil memandangkan PRU15 menyaksikan peperangan demokrasi paling sengit dalam sejarah negara.

Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis
NFC merupakan isu nasional namun pada waktu ini, kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi dan tiada kenaikan gaji lebih dilihat menjadi kebimbangan rakyat.

PRU15: Amal kompromi politik, dahulukan kepentingan rakyat - Penganalisis
Kerajaan dan pembangkang perlu mengamalkan kompromi politik untuk memulihkan semula ekonomi daripada menggesa pembubaran Parlimen dan PRU15 diadakan segera, kata penganalisis politik.

Pas tiada rekod baik dalam gabungan politik, MN sudah 'nyawa-nyawa ikan' - Penganalisis
Sejarah kerjasama oleh parti itu bersama parti politik yang lain telah menunjukkan bahawa ia gagal dipertahankan pada masa lalu.