SHAH ALAM: Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia MADANI di enam negeri melibatkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berupaya mempengaruhi sokongan rakyat pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan, menerusi rumah terbuka yang diadakan, Anwar berpeluang berjumpa dengan pimpinan negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik bagi memperbaiki struktur pembangunan di peringkat tersebut.
Menurutnya, perkara itu secara tidak langsung mencerminkan kesungguhan Anwar berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira perbezaan ideologi kepartian.
“Setiap negeri di Malaysia sebenarnya mempunyai potensi pelbagai aspek. Menerusi pertemuan semasa majlis tersebut, kerajaan boleh memperhalusi beberapa cadangan pembangunan daripada kerajaan negeri yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
“Mungkin kerajaan tidak berupaya membantu secara penuh dari segi kewangan memandangkan hutang nasional tinggi. Tetapi mereka boleh bantu dengan cara lain seperti menjadi pemudah cara atau memberi sokongan.
“Contohnya di Kedah, antara yang kita dapat lihat pembangunan di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan usaha pembinaan Lapangan Terbang Kulim.
“Kerajaan boleh tengok apa mereka boleh bantu.
"Mungkin tak dapat tolong 100 peratus tapi dukungan dapat diberikan sebab peringkat negeri pun kadang-kadang sudah ada jalinan dengan syarikat swasta untuk jayakan projek,” katanya kepada Sinar Ahad.
Mohammad Tawfik berkata, perkara sama dapat dilihat di negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan yang mempunyai kelebihan dari sisi lain seperti pelancongan.
“Kawasan pantai timur sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutama warga kota bagi bercuti memandangkan terdapat banyak pantai dan pulau yang menarik. Di sini, kerajaan boleh bantu naik taraf industri tersebut.
“Mungkin kedua-dua negeri ini tak dapat tandingi kawasan Lembah Klang dari segi memberi impak pembangunan. Bagaimanapun, negeri Pantai Timur mampu untuk berfungsi menjadi tabungan keuntungan kepada negara,” katanya.
Justeru, beliau yakin sekiranya perkara itu direalisasikan dalam rumah terbuka tersebut, reputasi Anwar kekal terjaga di samping akan memperluas persepsi rakyat terhadapnya.
Rumah Terbuka Malaysia MADANI bagaimanapun perlu bebas daripada sebarang anasir politik kepartian bagi mengelakkan rasa kurang senang daripada kalangan orang ramai terutama penyokong pembangkang.
“Buat sahaja seperti biasa dan jangan ada sebarang elemen politik kepartian kerana ia adalah acara kerajaan dan bukan parti,” ulasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 29 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 30,000 hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani di Tambun
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan antaranya Datuk Jamal Abdillah dan Ella.

Impak terhadap sokongan kepimpinan Anwar
Anwar berpeluang berjumpa dengan pimpinan negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.

Majlis Rumah Terbuka Madani bukan bermotif politik - Fahmi
Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimdi enam negeri bukan lah bermotifkan politik.

Rumah Terbuka Malaysia Madani untuk rakyat, bukan pembaziran - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak dakwaan yang mengatakan bahawa penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri sebagai pembaziran.

Rumah Terbuka Malaysia Madani tidak bermotifkan politik - KM Pulau Pinang
Penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermotifkan politik.

'Ini kempen PRN bukan rumah terbuka' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya.

Rumah Terbuka Malaysia Madani, Kelantan tiada halangan - Ahmad Yakob
Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dengan penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani yang bakal diadakan oleh Kerajaan Persekutuan di Kota Bharu pada 12 Mei depan.