KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing, sedia melepaskan kerusi DUN Baleh sekiranya diminta berbuat demikian.
Namun jika diminta mempertahankan kerusi tersebut, beliau akan mempertahankannya.
Bagaimanapun jelasnya, semua itu bergantung kepada kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
“Jika Ketua Menteri minta saya pertahankan, saya akan pertahankan DUN Baleh. Jika dia kata cukup 30 tahun, saya akan terima dan melepaskan kerusi DUN itu. Itu sudah pasti.
“Saya menurut perintah Ketua Menteri ke mana saya pergi (bertanding). Kalau beliau kata cukup (tidak bertanding) maka, cukuplah. Jangan lawan bos (ketua),” kata Masing.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata demikian dalam sesi wawancara khas bersama AWANI Borneo di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di Kuching pada Selasa.
Ditanya mengenai peratusan calon muka baharu daripada PRS yang akan dipertaruhkan pada PRN kali ini, katanya perkara itu masih lagi rahsia.
“Sudah ada, tetapi saya tidak boleh beritahu kerana Ketua Menteri yang akan bersetuju dan sokong bukan saya.
“Saya hanya mencadangkan nama, kalau Ketua Menteri tidak menyokong susah juga. Saya yakin calon-calon ini bersedia, apabila mendapat sokongan Ketua Menteri saya akan beritahu mereka,” tambahnya.
Astro Awani
Wed Apr 21 2021

Ditanya mengenai peratusan calon muka baharu daripada PRS yang akan dipertaruhkan pada PRN kali ini, katanya perkara itu masih lagi rahsia. FOTO: Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang
Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk John Sikie Tayai kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.

Tiada perebutan jawatan presiden dalam PRS petanda baik - Nanta
Nanta berkata ia akan membolehkan pemimpin tertinggi parti dan ahli PRS menyelesaikan masalah dan memberi lebih tumpuan kepada rakyat.

Pemergian Masing: Berat untuk diterima, perjuangannya tetap diteruskan - Snowdan
Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyifatkan mendiang Masing ibarat bapa sendiri dan tiada pengganti.

Pemergian Masing: Joseph Salang Gandum kini pemangku PRS
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan PRS sendiri iaitu Datuk Joseph Salang Gandum.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Masing
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing.

Masing negarawan berjiwa besar, bantu eratkan semangat perpaduan negara - Muhyiddin
Pemergian Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar kerana mendiang merupakan seorang tokoh politik yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

'Lantikan TPM sewajarnya dari Sabah, Sarawak' - Masing
Jawatan Timbalan Perdana wajar diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak sebagai mengiktiraf sumbangan dua negeri ini dalam pembentukan kerajaan dan politik yang stabil.

Calon GPS 'sesuai' pegang jawatan TPM - Masing
Pemilihan Timbalan Perdana Menteri melibatkan ahli parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan satu langkah tepat dalam pembentukan kerajaan baharu.

Jika Ketua Menteri minta saya berundur, saya rela lepas kerusi DUN Baleh - Masing
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing, sedia melepaskan kerusi DUN Baleh sekiranya diminta berbuat demikian.

Bersatu janji tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak - Masing
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah memberi jaminan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tidak bertanding di negeri itu menerusi PRN-12 atau PRU-15.