MCA mengkritik kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa peniaga bukan Islam yang tidak berpuas hati dengan arahan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) supaya perniagaan di negeri tersebut ditutup selama dua jam pada setiap hari Jumaat agar adakan perbincangan dengan MPKB sendiri.
Timbalan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan Dasar Undang-Undang Syariah MCA, Datuk Koo Chin Nam berkata adalah tidak wajar Nik Amar untuk mengatakan demikian, lapor The Star pada Jumaat.
“Ini menunjukkan bahawa rayuan daripada peniaga dan peruncit hanya perbuatan sia-sia,” kata Koo dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Koo berkata adalah tidak sepatutnya dan tidak wajar untuk memaksa mereka yang berlainan kaum dan agama yang berbeza untuk menerima keputusan yang bertentangan dengan hak-hak mereka.
“Ini terang-terangan telah mengingkari manifesto pilihan raya umum Pakatan Rakyat pada tahun 2013 yang mengatakan bahawa pentadbiran PAS tidak menyangkal hak-hak orang bukan Islam,” katanya.
Koo berkata kerajaan Kelantan turut mengabaikan amaran oleh peniaga-peniaga yang mengatakan bahawa mereka akan berpindah ke negeri-negeri lain sekiranya MPKB kekal berkeras dalam menguatkuasakan peraturan tersebut.
"Hal ini menunjukkan bahawa PAS tidak mempunyai rancangan sama sekali untuk membangunkan atau membawa kemajuan kepada Kelantan," katanya.
Sementara itu, dalam laporan Mstar pada Sabtu Nik Amar berkata beliau tidak pasti mengenai tindakan MPKB itu.
"Terus terang saya katakan, saya tidak pasti apa yang sebenar diarahkan...sama ada ia melibatkan entiti perniagaan tertentu yang mempunyai pekerja Islam bagi membolehkan mereka menunaikan sembahyang Jumaat, atau semua premis perniagaan," katanya kepada Mstar ketika ditanya mengenai keresahan di kalangan ahli perniagaan bukan Islam yang mempersoalkan mengapa mereka perlu menutup perniagaan dari pukul 12.30 tengahari -2.30 petang walaupun tidak menggaji pekerja beragama Islam.
Timbalan Pengerusi MCA Kelantan Tan Ken Ten berkata MPKB harus fleksibel dan tidak memasukkan restoran tidak halal dalam perintah terbaharu yang dikeluarkannya, dan juga perniagaan lain yang tidak mempunyai pekerja Islam.
Pada 14 Januari, satu notis dikeluarkan oleh Setiausaha Majlis Rosnazli Amin mengarahkan semua entiti perniagaan di Kota Bharu ditutup selama dua jam atau berdepan dengan tindakan, termasuklah lessen perniagaan mereka tidak akan diperbaharui.
Astro Awani
Sat Feb 21 2015
Datuk Koo Chin Nam (foto kiri) berkata adalah tidak wajar Nik Amar untuk mengatakan demikian - Foto Fail
GV11: 'Saya bersedia dikritik Datuk Syafinaz' - Ning Baizura terbuka dikomen juri, rakan industri
Ning Baizura bersedia menerima kritikan, terutama daripada juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, dan bersikap profesional terhadap teguran.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Menurut Pesuruhjaya Pembangunan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area, Maisie Chan, Hong Kong memainkan peranan unik sebagai pintu masuk antarabangsa ke Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (GBA), di bawah konsep ‘satu negara, dua sistem’. Ini membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat ini.
Manfaat ekonomi hasil lawatan kerja Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhir lawatan kerja ke China dari 4 November hingga 7 November, dengan potensi eksport bernilai RM3.2 bilion.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.
[TERKINI] Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
KKM tegaskan penggunaan ubat generik selamat dan berkesan
Semua ubat, termasuk ubat generik, perlu melalui penilaian ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
BRICS Urban Future Forum platform dialog mampan
World Urban Forum 2024 yang sedang berlangsung di Kaherah, Mesir, menjadi medan pertemuan cendekiawan yang memberi fokus kepada perkongsian dan percambahan idea untuk pembangunan yang lebih mampan dan berkualiti untuk penduduknya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
14,000 penduduk California diarah berpindah
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
Isu tutup kedai ketika solat Jumaat, MCA kritik kenyataan Timb. MB Kelantan
MCA kritik kenyataan peniaga bukan Islam yang tidak berpuas hati dengan arahan MPKB agar adakan perbincangan dengan MPKB sendiri.