Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata Tun Dr Mahathir Mohamed hanya layak menjadi penasihat kepada kerajaan, bukan bertindak sebagai pengacau.

Justeru katanya, Dr Mahathir tidak sewajarnya memperlekeh usaha pelaksanaan hal berkaitan hudud serta mengkritik anggota dewan undangan negeri (ADUN) UMNO Kelantan yang menyokong enakmen itu.





Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, hudud yang dicadangkan oleh PAS bukanlah hudud yang Islamik sebaliknya ia adalah 'hudud PAS'.

Katanya tujuan parti itu melaksanakan hukum tersebut bukanlah atas nama Islam tetapi kerana hendak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hudud PAS tidak Islamik, hanya bertujuan untuk menang pilihan raya - Tun M