KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang didakwa berkata 'gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang disifatkan sebagai satu lagi usaha untuk memaksa pengundi Cina mengundi parti itu.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker memberitahu, kenyataan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga dilihat seperti mengingatkan pengundi Cina yang tidak menyokong DAP sebagai pengkhianat bangsa dan akan dilaknat.
Menurutnya, Guan Eng menggunakan legenda dan sejarah dari kesusasteraan China untuk mengeksploitasi sentimen dan emosi pengundi Cina.
"Inilah taktik yang sama yang digunakan oleh DAP untuk membolot undi masyarakat Cina dengan menyamakan MCA sebagai pengkhianat bangsa," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, istilah 'gelombang hijau' itu direka ayah Guan Eng, Tan Sri Lim Kit Siang apabila Pakatan Harapan (PH) gagal mendapat undi kebanyakan Melayu yang telah memilih Perikatan Nasional (PN).
Katanya, gelombang hijau diwujudkan untuk menakutkan, mengugut dan memaksa masyarakat Cina untuk terus mengundi DAP dan Pakatan Harapan sahaja.
"DAP mahu supaya undi-undi Cina terus dikunci atau locked up dengan memomokkan Pas sebagai satu parti yang akan bertindak ganas dan kejam terhadap masyarakat Cina.
"Sementara DAP meningkatkan usaha memancing undi Melayu secara agresif dengan mencuba untuk bermesra dengan masyarakat Melayu atau buy in minda dan undi Melayu.
"Sound bite gelombang hijau atau green wave ini telah dimulakan oleh bapanya Kit Siang untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina supaya hanya mengundi DAP dan rakannya dalam PRN nanti," ujarnya lagi.
Justeru, Lian Ker berharap DAP tidak terus membelenggu negara dan rakyat dengan mainan politik perkauman dan agama.
Katanya, DAP sudah berkuasa dan parti itu seharusnya memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan politik yang telah melanda negara sejak kebelakangan ini.
"Malangnya DAP meneruskan mainan politik mereka dengan polemik dan politik yang sama yakni demonise your opponent dan planting fear in your supporters ataupun merosakkan pihak lawan dan menakutkan penyokong supaya terus berpayung dan bergantung pada parti.
"DAP adalah sebuah parti penuh hipokrasi. Taktik DAP tiada beza dengan kritikan mereka terhadap Pas yang menggunakan mantra undi Pas masuk syurga, undi parti lain masuk neraka.
"Sudah-sudahlah dengan mainan politik ini yang akan merosakkan dan membinasakan semua yang kita bina hingga ke hari ini," katanya lagi.
Guan Eng dakwa kenyatannya diputar belit
Sementara itu. Guan Eng dalam ciapan di Twitternya menjelaskan ucapannya dalam bahasa Mandarin itu telah diputar belit.
Sebaliknya, beliau menjelaskan kenyataannya itu merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu di Kedah yang dirobohkan pada Julai 2020.
"Saya amat kesal ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sengaja memutar belitkan ucapan saya dan menggambarkan seolah-olah membakar sentimen perkauman agama dan kaum.
"Langsung tidak terlintas difikiran saya untuk menggunakan isu 3R (bangsa, agama dan raja) untuk meraih undi kerana saya yakin ia hanya akan memudaratkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di dalam negara," ujarnya.
Justeru, Guan Eng berharap semua pihak akan menjunjung keluhuran Perlembagaan yang dengan jelas menyatakan Islam sebagai agama rasmi.
"Pada masa sama penganut agama lain bebas mempraktikkan kepercayaan mereka dengan selamat dan aman di mana-mana negeri dalam Persekutuan," tambahnya lagi.
Umavathi Ramayah
Sat Jul 08 2023

Ti Lian Ker (kanan) mendakwa, kenyataan Lim Guan Eng dilihat seperti mengingatkan pengundi Cina yang tidak menyokong DAP sebagai pengkhianat bangsa dan akan dilaknat.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.

Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.