Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib hari ini menempelak pembangkang kerana memainkan sentimen politik berkaitan pemotongan 3 peratus kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 diumumkan pada Khamis lepas.
Beliau berkata pembangkang seharusnya rasional dalam memberi sebarang komen kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menimbangkan sebaik-baiknya sebelum melakukan pengubahsuaian bajet bagi memastikan langkah itu menguntungkan rakyat.
"Tapi bagi pembangkang tiada apa yang betul ... mereka tidak pernah mahu berterima kasih kepada kerajaan.
"Jika perkara itu positif, akuilah dan kata ia baik. Jika ada kelemahan, boleh ditegur tapi jangan nafikan perkara yang baik kerana kita semua menikmatinya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM6,500 kepada Ahmad Azizi Abdul Halim, 33, yang koma akibat kemalangan, di Kampung Jengka, Batu 13 di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng Tien Chee daripada DAP dalam portal pembangkang yang mendakwa pemotongan itu hanya menguntungkan Kerajaan Persekutuan kerana meningkatkan hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Dalam pada itu, Ismail memuji inisiatif Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menyasarkan 50 peratus aktiviti pembelajaran di institut itu dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris dalam tempoh lima tahun, seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin semalam.
Beliau berkata kepentingan Bahasa Inggeris tidak boleh dinafikan untuk melahirkan generasi muda yang berpontensi menjadi pekerja mahir, selari dengan sasaran kerajaan mahu mewujukan 50 peratus pekerja mahir pada tahun 2020.
Mengulas mengenai Perkeso, Ismail yang juga Anggota Parlimen Maran berkata Perkeso telah membelanjakan RM34.51 juta untuk perbelanjaan Alatan Pemulihan kepada mangsa kemalangan bagi tahun 2015.
"Kami juga mempunyai sebuah pusat pemulihan di Air Keroh, Melaka yang cukup berkesan dalam membantu mangsa kemalangan dan membuat sedikit pengubahsuaian supaya mereka tidak dibuang kerja," katanya.
Bernama
Wed Feb 03 2016

ISMAIL: "Tapi bagi pembangkang tiada apa yang betul ... mereka tidak pernah mahu berterima kasih kepada kerajaan. -Gambar fail

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

'BNM dijangka kekal OPR 3.0 peratus Khamis ini'
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.0 peratus dalam mesyuarat dasar monetarinya yang akan datang pada 11 Julai.

Ismail tempelak pembangkang main sentimen politik berkaitan pemotongan KWSP
DAP mendakwa pemotongan itu hanya menguntungkan Kerajaan Persekutuan kerana meningkatkan hasil kutipan GST.