Bekas Setiausaha PKR Perlis, Abdul Asymawi Syazwi Abdul Halim, mengumumkan keluar parti berkuat-kuasa serta merta pada Ahad.
Ia susulan pengakuan bahawa dia kini hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan PKR Negeri.
Malah, kata bekas Naib Ketua Cabang Pemuda Keadilan Kangar itu, ramai lagi ahli akan mengikut jejak langkah beliau keluar daripada PKR selepas ini.
Katanya, mereka kecewa dengan sikap kepemimpinan parti itu di Perlis termasuk wakil-wakil rakyat dari parti berkenaan.
Tindakan keluar parti itu menurutnya telah pun dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Kerja PKR Perlis.
"Perjuangan pemimpin PKR di negeri ini juga sudah tidak sama lagi seperti dahulu kerana terlalu mementingkan kuasa," kata Abdul Asymawi.
“Malah, aduan daripada rakyat yang kecewa dengan PKR adalah lebih teruk daripada zaman UMNO dahulu,” tambahnya.
Selain itu, dia mendakwa, tiadanya kesungguhan atau strategi berkesan daripada kepimpinan parti untuk menawan Perlis dalam pilihan raya akan datang turut menjadi antara punca beliau berasa cukup kecewa.
Pada Julai, Abdul Asymawi telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha PKR negeri dan Naib Ketua AMK Cabang Kangar.
Sebelum ini, dia merupakan antara pemimpin muda PKR di Perlis yang cukup tegas memperjuangkan agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14.
Salim Aziz
Mon Aug 26 2019

Pada Julai, Abdul Asymawi telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha PKR negeri dan Naib Ketua AMK Cabang Kangar. - Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Hilang kepercayaan pada pimpinan, bekas setiausaha PKR Perlis keluar parti
Ramai lagi ahli akan mengikut jejak langkah beliau keluar daripada PKR selepas ini, apabila kecewa dengan sikap kepemimpinan parti itu di Perlis termasuk wakil-wakil rakyat dari parti berkenaan.