Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat supaya sentiasa menghayati perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi memastikan kesinambungan kemajuan negara.
Beliau berkata rakyat perlu bergantung kepada UMNO, parti yang mempunyai kekuatan sendiri, dan bukannya dengan parti yang bergantung dengan parti lain.
"Takkan kita hendak harap parti yang bergantung kepada orang lain. Kita kena letak (harapan) pada parti yang sejati iaitu UMNO.
"Selagi ada UMNO, pembelaan orang Melayu dan kaum lain akan berterusan. Negara kita akan tetap maju ke depan," katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Pagoh di Felda Maokil di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri Datin Seri Rosni Mansor serta Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Najib yang juga Presiden UMNO menegaskan pemimpin parti itu sememangnya penting tetapi mereka memerlukan sokongan akar umbi untuk turut membantu membawa perubahan dalam negara.
"Saya sedar walaupun saya Perdana Menteri tetapi kalau 3.5 juta ahli UMNO tiada di belakang, saya tidak mungkin boleh jadi pemimpin yang boleh bawa perubahan," katanya.
Beliau berkata jasa UMNO adalah jauh lebih besar daripada pemimpin kerana ia parti keramat dan bukannya sebarangan parti.
"UMNO institusi politik tanah air. Parti yang paling berjaya, jadi harapan. Inilah yang kita mesti jaga. Bukan kita jaga pemimpin tetapi parti," katanya.
Najib berkata dua bekas pemimpin UMNO (Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin) sebelum ini pernah mendakwa DAP parti anti-Melayu dan anti-Islam tetapi kini mereka mengkhianati perjuangan UMNO dan BN dengan bersekongkol dengan DAP.
"Ada orang dah lupa, dia (Mahathir) jadi Perdana Menteri selama 22 tahun kerana UMNO di belakang dia, hari ini dia nak musnahkan UMNO, berkawan dengan DAP. Bukan sahaja berkawan, dah tidur dengan DAP," kata Najib.
"Kerana (mereka) nak capai sesuatu yang tak tercapai, DAP nak gunakan Mahathir, Mahathir nak gunakan Muhyiddin (manakala) DAP hendak gunakan mereka untuk kurangkan undi Melayu.
"Jadi, mereka nak gunakan DAP kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tidak mampu). Inilah punca tenggelam timbul, kaki sendiri tak boleh berdiri jadi berpautlah pada DAP," kata Najib.
Dalam pada itu, Najib berkata masyarakat Felda perlu mengingati semangat perjuangan dalam pembangunan tanah rancangan tersebut dan jasa pemimpin terdahulu untuk membangunkannya.
"Felda berubah kerana jasa pemimpin UMNO dan BN," kata beliau sambil memberitahu bahawa tanah rancangan itu sememangnya sentiasa berada dekat di hatinya.
"Felda tidak dapat dipisahkan dengan Tun Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) kerana lahirnya Felda adalah kerana perjuangan Allahyarham hendak melihat orang kampung yang tidak bertanah, orang miskin yang tidak ada tanah (mempunyai tanah sendiri)...tanah yang subur baik untuk peladang.
"Bermulalah perjuangan sehingga dia (Allahyarham Tun Abdul Razak) sanggup meniti jambatan kayu dengan 'bush jacket' untuk melihat anak bangsa mendapat masa depan lebih baik," kata Najib sambil memberitahu bahawa model rumah peneroka turut ditempatkan di Sri Taman, iaitu kediaman rasmi Allahyarham Tun Abdul Razak.
Dalam pada itu, Najib menegaskan UMNO dan BN akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau berkata Pagoh akan terus maju selagi UMNO dan BN terus berkuasa.
"Manifesto Pagoh akan terus kita laksanakan. Mail (pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh Ismail Mohamed) minta apa yang patut ya. Apa pun Pagoh akan tetap kita majukan ke hadapan selagi UMNO berkuasa, BN berkuasa," kata beliau.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan geran tanah notis 5A kepada sebahagian daripada721 peneroka Felda.
Kesemua geran itu meliputi tanah rumah seluas 200 ekar (80.93 hektar) dan 7,823 ekar (3,165.8 hektar) tanah ladang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Pagoh di Padang Awam Felda Maokil hari ini. --fotoBERNAMA
Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.