KOTA MARUDU: Hasrat bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony menubuhkan parti baharu mesra kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengukuhkan lagi gabungan itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu merupakan perkembangan baik yang akan mengukuhkan kedudukan kerajaan negeri.
"Itu dia punya (keputusan). Kita mengamalkan demokrasi dan beliau telah membuat keputusan demikian untuk menubuhkan parti baharu yang mesra dengan kerajaan GRS.
"Bagi saya sebagai ketua kerajaan GRS, ini satu perkembangan yang baik kerana akan menguatkan lagi kerajaan negeri. Jadi, kita berterima kasihlah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang ihsan RM1,000 kepada mangsa banjir di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Peter untuk menubuhkan parti baharu selepas keluar daripada Warisan, baru-baru ini.
BACA: Keputusan tubuh parti baharu diteruskan - Peter Anthony
BACA: Sah, giliran Peter Anthony tinggalkan Warisan, bakal tubuh parti tempatan baharu
BACA: Peter Anthony lantik peguam baharu
Ditanya sama ada Peter sudah menghubungi beliau secara peribadi bagi menyatakan hasrat itu, Hajiji berkata: "belum lagi."
Pada 28 Dis lepas, Peter mengumumkan keluar Warisan dan menyatakan hasrat menubuhkan parti yang akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah pimpinan GRS demi memperjuangkan hak serta nasib rakyat Sabah selepas melihat Warisan jauh tersasar dalam perjuangan apabila ia melebarkan sayapnya ke Semenanjung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
![Hasrat Peter Anthony tubuh parti baharu mesra kerajaan kukuhkan GRS - Hajiji Hasrat Peter Anthony tubuh parti baharu mesra kerajaan kukuhkan GRS - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641426410_HajijiNoor.jpg)
Hajiji (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kota Marudu ketika melakukan lawatan di daerah itu, 5 Jan 2022. --fotoBERNAMA
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![Peter Anthony dibenar kemuka bukti baharu dalam rayuan akhir Peter Anthony dibenar kemuka bukti baharu dalam rayuan akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707289922_TBmahkamahrayuan.jpg)
Peter Anthony dibenar kemuka bukti baharu dalam rayuan akhir
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuan akhirnya.
![Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan' Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699371827_OswaldAisatIgau.jpg)
Oswald sifatkan Pandikar Amin umpama 'cacing kepanasan'
Oswald berkata, kenyataan Pandikar Amin seolah-olah terpesong daripada topik utama yang disuarakan Peter sebelum ini.
![Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678868360_TBPETER.jpg)
Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.
![Peter Anthony fail rayuan akhir ketepikan sabitan dan hukuman Peter Anthony fail rayuan akhir ketepikan sabitan dan hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678868360_TBPETER.jpg)
Peter Anthony fail rayuan akhir ketepikan sabitan dan hukuman
Ini adalah rayuan terakhirnya kerana kes yang bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan.
![Sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 terhadap Peter Anthony kekal Sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 terhadap Peter Anthony kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681813070_PeterAnthony.jpg)
Sabitan dan hukuman penjara tiga tahun, denda RM50,000 terhadap Peter Anthony kekal
Mahkamah mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.
![Riduan kekal Ahli Parlimen Tenom, mahkamah tolak petisyen pilihan raya Peter Riduan kekal Ahli Parlimen Tenom, mahkamah tolak petisyen pilihan raya Peter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668876181_RiduanRubin.jpg)
Riduan kekal Ahli Parlimen Tenom, mahkamah tolak petisyen pilihan raya Peter
Riduan Rubin mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Tenom.
![Keputusan rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman 18 April Keputusan rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman 18 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678868360_TBPETER.jpg)
Keputusan rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman 18 April
Mahkamah menetapkan 18 April untuk keputusan rayuan Peter Anthony bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadapnya.
![KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676965351_HajijiNoorKDM.jpg)
KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
![Rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar 15 Mac Rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar 15 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660830581_DatukPeterAnthony.jpg)
Rayuan Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman didengar 15 Mac
Rayuan Peter Anthony bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu, akan didengar 15 Mac ini.
![Politik Sabah: Hajiji sudah tiada lagi majoriti - KDM Politik Sabah: Hajiji sudah tiada lagi majoriti - KDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669282559_TBpartiKDM.jpg)
Politik Sabah: Hajiji sudah tiada lagi majoriti - KDM
Datuk Peter Anthony berkata, di bawah Perkara 7 (1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji yang juga ADUN Sulaman perlu meletak jawatan serta-merta.