PUTRAJAYA: Rayuan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara dan denda terhadap pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan, ditetapkan untuk satu lagi tarikh pengurusan kes, pada 28 Julai.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.
Pengurusan kes rayuan Peter sebelum ini ditetapkan hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari yang mewakili pihak pendakwaan mengesahkan tarikh pengurusan kes itu.
April lepas Peter, 51, memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitannya, hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Mei 2022.
Beliau gagal sebelum ini dalam rayuannya itu di Mahkamah Tinggi, pada 18 April lepas, dan ini merupakan rayuan terakhir Peter di Mahkamah Rayuan.
Menurut kertas pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Bagaimanapun presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) itu telah membayar denda RM50,000 berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

April lepas Peter, 51, memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan sabitannya, hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Mei 2022. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.

Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh).

Pengurusan kes untuk rayuan Peter Anthony ditetapkan 28 Julai
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof menetapkan tarikh pengurusan kes berikutnya itu, disebabkan rekod rayuan belum dapat disiapkan.

22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.