KOTA KINABALU: Riduan Rubin mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Tenom selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony.
Hakim Dean Wayne Daly membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan oleh Peter tidak mematuhi Peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya dibaca bersama Seksyen 32(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya.
Mahkamah Tinggi, yang menolak petisyen itu dengan kos RM20,000, turut memutuskan bahawa Peter telah disabitkan dengan kesalahan jenayah semasa penamaan calon dan oleh itu, tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengikut Perkara 48(5) Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, peguam Datuk Ansari Abdullah yang mewakili Peter berhujah bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap itu telah memperoleh perintah penangguhan pelaksanaan hukuman bagi sabitan daripada Mahkamah Sesyen dan oleh yang demikian, Perkara 48(5) adalah tidak terpakai ke atas beliau.
Peguam Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad, yang mewakili Riduan, pula berhujah bahawa Perkara 48(5) adalah terpakai ke atas Peter sebaik sahaja beliau disabitkan dengan kesalahan jenayah dan kekal sebagai individu yang tidak layak bertanding pada PRU sehingga atau melainkan mahkamah mengetepikan sabitan itu selepas rayuan.
Pada 3 Jan lepas, Peter memfailkan petisyen itu yang menamakan Riduan, pegawai pengurus pilihan raya Mas Syazwan Masood, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Ghani Salleh dan SPR sebagai responden untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Tenom selepas kertas pencalonannya ditolak meskipun memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman bagi sabitan terhadap beliau.
Pada 26 Mei 2022, Peter telah dihukum penjara tiga tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memalsukan surat berkaitan kontrak bagi kerja-kerja menyelenggara dan perkhidmatan sistem mekanikal serta elektrikal di Universit Malaysia Sabah.
Bagaimanapun pada 1 Ogos 2022, Mahkamah Sesyen telah membenarkan permohonan Peter untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 18 April untuk memutuskan rayuan Peter selepas mendengar hujahan peguam beliau dan pihak pendakwaan.
Sementara itu, Riduan dalam kenyataan hari ini memaklumkan beliau akan meneruskan mandat dan tanggungjawab yang diberikan untuk membantu serta memajukan Parlimen Tenom.
"Saya melihat keputusan ini sebagai simbol kebebasan demokrasi di negara ini. Sama ada daripada pihak pempetisyen atau di pihak saya, marilah kita bersama-sama wujudkan nilai perpaduan untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian yang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Riduan Rubin (foto) mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Tenom selepas Mahkamah Tinggi ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Presiden Parti KDM Datuk Peter Anthony. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Riduan kekal Ahli Parlimen Tenom, mahkamah tolak petisyen pilihan raya Peter
Riduan Rubin mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Bebas bagi kawasan Tenom.

PRU15: Calon Bebas buat kejutan, Riduan Rubin menang di Tenom
Riduan menang dengan 10,027 undi dan majoriti 1,108 menewaskan penyandang kerusi berkenaan Noorita Sual dari Pakatan Harapan.

PRU15: GRS akan bertindak, kaji dakwaan ADUN Kemabong sokong calon Bebas
GRS akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Datuk Rubin Balang sekiranya ADUN Kemabong itu secara terang-terangan menyokong calon Bebas yang juga ahli Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat.