Kecenderungan generasi muda menolak politik kepartian kerana meluat dengan gelagat sebahagian ahli politik yang tidak mencerminkan kualiti yang diharapkan, dianggap trend yang tidak membawa sebarang kelebihan kepada masa depan negara.
Itulah antara intipati pendapat Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, dalam sebuah penulisan rencana daripada beliau bertajuk 'Membudayakan Politik Budiman'. Berikut adalah keseluruhan teks penulisan beliau:
Realiti mutakhir ini, wujud kecenderungan yang kuat di kalangan anak muda Malaysia yang menolak politik – atau lebih tepat politik kepartian – kerana meluat dengan gelagat sebahagian ahli politik yang pada hemat mereka tidak mencerminkan kualiti yang diharapkan.
Realiti ini merupakan berita mendung buat parti-parti politik di Malaysia memandangkan generasi muda merupakan majoriti daripada keseluruhan komposisi penduduk Malaysia.
Menurut data yang dikemukakan oleh Welsh dan Chang pada tahun 2012, jumlah penduduk di Malaysia berumur di bawah 30 tahun adalah sebanyak 63 peratus. Sekiranya kita mahu mengambil usia 40 tahun ke bawah sebagai umur maksimum belia di negara kita, maka komposisi anak muda di Malaysia semestinya lebih besar.
Sungguhpun demikian ini bukan bermakna anak-anak muda tidak mahu terlibat dengan proses politik. Bahkan anak-anak muda di Malaysia ketika ini sangat vokal dan kritikal mendepani isu-isu politik – terutamanya di media-media sosial – walaupun mereka tidak begitu berminat menyertai satu-satu parti politik.
Kemunculan kumpulan-kumpulan anak muda independen, tanpa hierarki dan tanpa ketua terutamanya dalam siri-siri demonstrasi rakyat wajar diberikan perhatian malah didampingi untuk memahami suara, pandangan dan hasrat mereka.
Justeru para pemain politik memerlukan pendekatan politik baru yang lebih jujur, segar dan lebih dekat dengan realiti anak-anak muda. Pendekatan yang saya boleh istilahkan sebagai ‘Politik Budiman’ ini dirasakan cocok dengan tuntutan politik semasa yang mahu dilihat ‘bekerja dan kurang kontroversi’.
Kamus Dewan menakrifkan ‘budiman’ sebagai berbudi, berakal dan bijaksana. Justeru, konsep Politik Budiman bertitik tolak daripada asas-asas berikut:
i. Politik berasaskan hujah dan ilmu;
ii. Membudayakan adab al-ikhtilaf (ethics of disagreement) dalam mengurus perbezaan pandangan politik;
iii. Berpolitik dengan akhlak dan etika yang tinggi. Jauhi politik fitnah dan caci maki;
iv. Budaya syura sebagai kunci muafakat;
v. Inklusif dalam membina jaringan dalam masyarakat;
vi. Jujur dan berani menyelesaikan konflik; dan
vii. Integriti dan akauntabiliti.
Konsep atau gagasan Politik Budiman yang merangkumi asas-asas komponen idea, akhlak, jujur dan berintegriti ini merupakan satu reformasi atau islah kepada budaya politik sedia ada kepada budaya politik yang lebih matang dan membina.
Gagasan ini adalah suatu usaha yang serius untuk menarik anak muda Malaysia yang sangat dahagakan perubahan stail dan corak berpolitik dan pada masa yang sama mereka boleh terlibat sama menyumbang tenaga dan idea bagi meraih Malaysia yang lebih baik.
Warga politikus perlu bersedia untuk mengubah kaedah dan gaya berpolitik. Tabiat dan kebiasaan lama hanya akan menjauhkan politikus dengan kelompok terbesar di Malaysia ini.
Perubahan ini perlu datang dengan kejujuran dan kesediaan untuk berkhidmat. Sebarang kepura-puraan atau hipokrasi hanya akan menambah rasa meluat dan jelek anak-anak muda kepada politik kepartian.
Perubahan ini tidak hanya berskala ‘perlu’, malah telah sampai ke peringkat 'wajib' atau 'mesti'.
Astro Awani
Sat Nov 22 2014
Suhaizan mengajak warga politik bersedia untuk mengubah kaedah dan gaya berpolitik.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
#KamiMalaysia cadang moratorium politik
Moratorium politik yang berkesan tidak akan dapat dilaksanakan selagi kita tidak keluar daripada kerangka politik yang berkisar kepada kepartian.
Melayu berpecah kerana parti politik - Tun Mahathir
Perpecahan orang Melayu dalam konteks kepartian menyebabkan bangsa itu menjadi minoriti di negara sendiri, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
BR1M bukan untuk beli undi - PM
Bantuan itu dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia yang bukan bersifat kepartian politik dalam usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan.
Generasi muda tolak politik rugikan negara - Pemuda PAS
Ketuanya Suhaizan Kaiat berpendapat, sifat kepura-puraan hanya akan menambah rasa meluat dan jelek anak-anak muda kepada politik kepartian.