KUALA LUMPUR: Melihat ketidakseimbangan politik yang dijangka berlarutan sehingga menjejaskan hala tuju negara pada saat genting krisis pandemik, ahli-ahli politik digesa agar melaksanakan 'moratorium politik' secara total.
“Bagi merawat permasalahan ini, akar puncanya perlu ditangani, #KamiMalaysia melihat tiada cara lain melainkan ahli politik melaksanakan moratorium politik secara total,” tegas jurucakap #KamiMalaysia, Datuk M. Nizam Mahshar dalam sidang media pelancaran gerakan itu pada Ahad.
Jelasnya, moratorium politik yang berkesan tidak akan dapat dilaksanakan selagi kita tidak keluar daripada kerangka politik yang berkisar kepada kepartian.
“Justeru, proses pelantikan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri baharu seperti yang lazim diamalkan sebelum ini yang berdasarkan kepada perbincangan dalam kalangan parti-parti komponen dalam kerajaan, berkemungkinan bukanlah jalan keluar terbaik di saat pandemik ini, memandangkan proses perebutan kuasa akan sentiasa berlaku nanti," katanya lagi.
Dengan kerana itu, ujarnya, #KamiMalaysia telah memulakan suatu pergerakan yang terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, berbilang agama, merentas fahaman politik serta pegangan ideologi, bagi menuntut dan menawarkan penyelesaian kepada permasalahan pada hari ini, demi kebaikan bersama.
“Tuntutan dan tawaran penyelesaian yang bersifat overhaul (membaik pulih) politik ini datangnya daripada gabungan aktivis, akademia, rakyat akar umbi, pimpinan perniagaan dan korporat, masyarakat sivil, pemimpin masyarakat dan belia, serta ulama dan kepimpinan agama,” tambah Nizam.
Menurut beliau, dalam konteks isu semasa segera hari ini, #KamiMalaysia menyembah takzim agar Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri yang pada hemat Baginda mungkin memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat sedia ada, seperti kehendak Perlembagaan Persekutuan atau melantik Perdana Menteri Interim.
“..kami menuntut agar jemaah Menteri yang dilantik itu mestilah suatu jemaah yang kecil dengan portfolio yang perlu sahaja, dan dilantik bukan atas dasar keahlian dalam parti, sebaliknya kebolehan dan merit, selain mempunyai rekod yang bersih.”
Kata Nizam, Jemaah Menteri hendaklah mempunyai keberanian dan keikhlasan, dan dengan segera menubuhkan sebuah Majlis Khas Kecemasan Pemulihan Negara untuk menangani isu pandemik dan kesan-kesan lain kepada negara.
#KamiMalaysia turut mencadangkan agar Ahli-ahli majlis tersebut mestilah terdiri sepenuhnya daripada kalangan figura berwibawa, teknokrat, profesional, akademia, dan pakar bidang, pemimpin gerakan sivil termasuk wakil-wakil pegawai kerajaan kanan dari sektor-sektor yang berkaitan, iaitu terutamanya Kementerian Kesihatan.
“#KamiMalaysia yakin dengan adanya majlis yang tidak melibatkan ahli politik, mereka akan lebih terfokus dan secara profesional dan dapat menumpukan penyelesaian kemelut negara daripada disibukkan berebut kuasa politik sepertimana yang berlaku hari ini.”
Tambah Nizam, dasar dan polisi negara boleh ditentukan sepenuhnya secara profesional oleh pakar-pakar yang dilantik dalam Majlis tersebut.
“Dan bagi tujuan semak dan imbang, jemaah Menteri mestilah meletakkan kepercayaan penuh kepada pakar-pakar tersebut dengan membentangkan cadangan-cadangan daripada majlis tersebut untuk dibahaskan di Parlimen,” katanya.
Ujarnya, cabang kehakiman mesti terus dibiarkan bebas daripada mana-mana gangguan, sebagai satu lagi semak dan imbang terhadap kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.”
“Cadangan ini dibuat memandangkan kami telah muak dan mual dengan permainan politik oleh kesemua parti sedia ada, sedangkan negara sangat-sangat memerlukan kestabilan untuk keluar dari krisis berangkai kesihatan-ekonomi-sosial-kepimpinan-mental-pendidikan,” ujar beliau.
Justeru tegasnya, jalan penyelesaiannya adalah untuk ahli-ahli politik mengambil tempat duduk di belakang untuk seketika waktu, bagi membenarkan pihak-pihak yang sebenarnya ahli dan berkemampuan dalam bidang dan skopnya masing-masing untuk menjalankan amanah memulihkan negara.
“#KamiMalaysia juga menyeru warga Malaysia untuk mengambil pelajaran daripada episod kekalutan politik hari ini dan menggerakkan secara bersama satu gerakan warga Malaysia untuk merubah budaya politik dan sistem kepartian yang ada pada hari ini, ke arah mencari wakil-wakil rakyat yang benar-benar ingin memberi khidmat kepada rakyat dan negara dan bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata pada pilihan raya akan datang,” tambah beliau.
Dalam pada itu, gerakan itu mengharapkan gelombang kesedaran rakyat dapat dibina untuk mewujudkan muka-muka baharu dalam kepimpinan negara masa hadapan dengan meletakkan syarat ketat bahawa mereka adalah dikalangan mereka yang mempunyai nilai, keilmuan, integriti, moral dan kredibiliti dan tidak terpalit dengan kes-kes mahkamah, aktiviti rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai skandal.
“Kita memerlukan pemimpin negara yang baharu yang kredibel dan berintegriti untuk memulihkan negara dan membawa negara ke potensinya yang sebenar,” katanya.
#KamiMalaysia menyeru agar kesemua rakyat Malaysia dapat sama-sama menyokong naratif baharu politik dan kepimpinan agar dapat dibebaskan daripada belenggu sistem kepartian sempit dan membawa budaya politik baharu berteraskan nilai dan integriti untuk kebaikan rakyat dan negara.
Dengan tema ‘Halt, Heal, Renew’ (Henti, Rawat, Baharu), #KamiMalaysia adalah gerakan yang menaungi dan bersama pelbagai aktivis, akademia, pimpinan perniagaan dan korporat, masyarakat sivil, pemimpin masyarakat dan belia, ulama dan kepimpinan agama serta moral-influencers sebagai kepimpinan intelektual yang memandu warga Malaysia ke arah masa depan baharu untuk Malaysia yang lebih baik.
Sehingga kini, #KamiMalaysia disokong dan didukungi kira-kira 42 orang tokoh-tokoh masyarakat, NGO, agama, ahli ekonomi, akademia, media, belia dan pengarah filem.
Antara tokoh-tokoh tersebut adalah Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacub, Pengarah ATMA UKM, Prof. Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican (ISTAC-IIUM) dan mantan Ketua Pengarah ICU-JPM, Tan Sri Zaki Ansore Mohd Yusof.
Gerakan ini turut disertai Pengarah Eksekutif Third World Network (TWN), Chee Yoke Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Dialektika TV, Sayed Munawar Sayed Mustar, pengarah filem, U-Wei Haji Saari dan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
Astro Awani
Mon Aug 23 2021

#KamiMalaysia telah memulakan suatu pergerakan yang terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, berbilang agama, merentas fahaman politik serta pegangan ideologi. - Gambar hiasan
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

#KamiMalaysia cadang moratorium politik
Moratorium politik yang berkesan tidak akan dapat dilaksanakan selagi kita tidak keluar daripada kerangka politik yang berkisar kepada kepartian.

#KamiMalaysia dilancarkan, tuntut 9 pembaharuan termasuk barisan Kabinet yang kecil
Ia termasuk menuntut agar Jemaah Menteri yang dilantik mestilah dalam bentuk yang kecil dengan portfolio yang perlu sahaja.