KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang baharu Datuk Ewon Benedick berazam menggunakan pendekatan kepimpinan berdiplomasi dalam meneruskan perjuangan parti itu.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata bagi menjayakannya, semua ahli parti diajak supaya peka terhadap semua isu, bijak menganalisis, memikir dan menjiwai setiap cabaran yang dihadapi UPKO.
"Saya akan meneruskan kepimpinan sebelum ini dengan memperkasakannya melalui pendekatan kepimpinan berdiplomasi yang perlu didukung bermula dari rumah kita UPKO kerana saya percaya setiap kepimpinan bermula dari rumah.
"Segala keputusan yang dibuat mestilah dipertahankan berasaskan kepada amalan menjunjung yang benar, menyangkal yang salah dan meneruskan apa yang wajar," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-16 secara dalam talian, di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau memberikan jaminan pendekatan yang diamalkan itu akan selari dengan amalan presiden parti sebelum ini, antaranya Tan Sri Bernard Dompok dengan kepimpinan berorentasikan prinsip, dan Datuk Seri Madius Tangau dengan kepimpinan berteraskan akar umbi.
Beliau yang dilantik secara rasmi menjadi Presiden UPKO semalam menggantikan Madius yang menjadi Presiden Kehormat UPKO, turut bersedia menerima sebarang kritikan berhubung kepimpinannya daripada ahli UPKO.
"Saya menghargai setiap teguran dan kritikan yang disertai dengan cadangan serta motivasi kerana itu cara yang betul untuk memperbetulkan kelemahan," katanya.
Pada masa sama, beliau juga berhasrat menjalinkan hubungan dengan parti lain yang mempunyai asas perjuangan sama terutamanya melibatkan kepentingan Sabah dan mempelawa bekas ahli parti UPKO, kembali menyertai parti itu demi mengukuhkannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Ewon yang dilantik secara rasmi menjadi Presiden UPKO pada Ahad turut bersedia menerima sebarang kritikan berhubung kepimpinannya daripada ahli parti. - Facebook UPKO Malaysia
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Sambutan ulang tahun UPKO ke-30 pada Ogos ini - Ewon
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan parti itu pada 9 Ogos depan, kata Presidennya Datuk Ewon Benedick.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
UPKO tidak akan sokong sebarang usaha ganti kerajaan melalui "tebuk atap" - Ewon
UPKO berpendirian tidak akan menyokong sebarang usaha menggantikan Kerajaan Perpaduan sekarang secara "tebuk atap".
Autonomi PH Sabah harus dikekalkan - UPKO
Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah.
PH Sabah nafi laporan Musa Aman ketuai gabungan negeri
Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan sebuah portal berita tempatan kononnya bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bakal mengetuai gabungan politik itu.
Formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada Borneo dimuktamad dalam setahun
Jawatankuasa Teknikal MA63 setuju tetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo.
UPKO beri jaminan kekal bersama Kerajaan Perpaduan
UPKO memberi jaminan akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri di enam negeri pada 12 Ogos ini.
Kelulusan Rang Undang-undang Antilompat Parti lebih penting - Ewon
Ia adalah lebih penting bagi melarang wakil rakyat keluar parti selepas pilihan raya berbanding pemansuhan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.
Kalimah Allah: Cari pendamaian nasional, bukan 'menangguk di air keruh' - Madius Tangau
Semua pihak diseru agar mencari pendamaian nasional dalam kontroversi penggunaan Kalimah Allah dan bukannya menangguk di air keruh.
UPKO, PBRS fokus usaha bangunkan Sabah
Datuk Ewon Benedick dan Datuk Arthur Joseph Kurup akan menjalin kerjasama melalui kementerian masing-masing bagi pembangunan di negeri Sabah.