PAPAR: Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah bersetuju menetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Anggota Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), Datuk Ewon Benedick berkata, perbincangan dalam Kabinet telah memperakukan beberapa pelaksanaan MA63 serta perbincangan susulan bagi memuktamadkan perkara lain yang berkaitan.
"Antaranya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dilantik sebagai Ahli Lembaga dan seterusnya mempunyai akses kepada jenis-jenis hasil Persekutuan dan jumlah pungutan hasil daripada Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan ulang tahun Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) ke-29 di Dewan Kampung Biau, di sini, pada Sabtu.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pindaan itu akan dibentangkan semula dalam sesi Parlimen akan datang sebelum diluluskan bagi membolehkan wakil Sabah dan Sarawak dilantik secara rasmi.
RUU berkenaan dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 8 Jun lepas dan bacaan kali kedua yang sepatutnya diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Jun ditangguhkan ke persidangan akan datang.
Ahli Parlimen Penampang itu berkata satu warta baharu juga yang akan dikeluarkan tahun ini berhubung pemberian khas kepada Sabah yang akan membatalkan warta tahun lepas.
"Saya menggalas amanah dan tanggungjawab ini sebagai anggota Kabinet kerajaan Perpaduan, sebagai Presiden UPKO dan sebagai wakil rakyat dari Sabah.
Saya mengambil bahagian dalam perundingan dan perbincangan sesuai dengan perjuangan selama ini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023

Ewon berkata, perbincangan dalam Kabinet telah memperakukan beberapa pelaksanaan MA63 serta perbincangan susulan bagi memuktamadkan perkara lain yang berkaitan. - Gambar fail/Bernama

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon