KOTA KINABALU: Majlis Tertinggi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang bermesyuarat hari ini berpendirian autonomi Pakatan Harapan (PH) Sabah harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat negeri ini.
Presidennya Datuk Ewon Benedick berkata autonomi itu penting bagi membolehkan keputusan dibuat antaranya berkaitan pengagihan kerusi serta calon pilihan raya di Sabah dan barisan kepimpinan PH negeri itu ditentukan melalui perbincangan parti komponen gabungan di negeri itu.
"Kita tidak mahu sebarang keputusan dibuat tanpa berunding dengan semua parti (komponen) PH di sini (iaitu) UPKO, PKR Sabah, DAP Sabah dan Amanah Sabah. Semua parti juga harus berbincang jika ada perubahan kepimpinan PH Sabah.
"Dua tahun ini juga pilihan raya negeri Sabah (bakal diadakan), jadi persiapan dan segalanya yang terkait itu autonominya harus diberikan serta dikekalkan kepada PH Sabah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata mesyuarat itu juga mengesahkan bahawa parti itu mempunyai seramai 160,041 orang ahli berdaftar di seluruh negara setakat Ogos lepas di 25 bahagian termasuk empat bahagian di Perak.
"Mesyuarat juga memperakukan penganjuran Konvensyen UPKO Peringkat Zon bermula pada 15 Okt ini bagi bahagian Beaufort, Kimanis dan Papar. Kita juga membenarkan ahli parti membahaskan perkara-perkara menjadi keprihatinan bahagian yang menganjurkan konvensyen tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah. - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Autonomi PH Sabah harus dikekalkan - UPKO
Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah.