KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup akan menjalin kerjasama melalui kementerian masing-masing bagi pembangunan di negeri itu.
Ewon adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Arthur ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Kenyataan Ewon pada Isnin memaklumkan beliau akan berkunjung ke Parlimen Pensiangan iaitu kawasan diwakili Arthur pada hujung bulan ini manakala Arthur dijangka ke kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian yang diwakili Ewon pada bulan berikutnya.
"Kami berharap dapat menginspirasikan perpaduan dan kesatuan rakyat Sabah supaya lebih memfokus kepada usaha membangunkan rakyat serta wilayah kita, bukannya berpolitik sepanjang masa. Kami berharap fokus ini mendapat sokongan rakyat," katanya.
UPKO adalah parti komponen Pakatan Harapan manakala PBRS ialah parti komponen Barisan Nasional yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ewon, yang juga Ahli Parlimen Penampang, mengambil alih tampuk kepimpinan UPKO secara rasmi sebagai Presiden parti semalam manakala Arthur mengambil alih jawatan Presiden PBRS pada 7 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023

Datuk Ewon Benedick bergambar bersama ahli-ahli Pergerakan Wanita, Pemuda dan Generasi Muda UPKO pada mesyuarat tri-tahunan ke-16 UPKO. Foto BERNAMA

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Sambutan ulang tahun UPKO ke-30 pada Ogos ini - Ewon
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan parti itu pada 9 Ogos depan, kata Presidennya Datuk Ewon Benedick.

Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.

UPKO tidak akan sokong sebarang usaha ganti kerajaan melalui "tebuk atap" - Ewon
UPKO berpendirian tidak akan menyokong sebarang usaha menggantikan Kerajaan Perpaduan sekarang secara "tebuk atap".

Autonomi PH Sabah harus dikekalkan - UPKO
Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah.

PH Sabah nafi laporan Musa Aman ketuai gabungan negeri
Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan sebuah portal berita tempatan kononnya bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bakal mengetuai gabungan politik itu.

Formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada Borneo dimuktamad dalam setahun
Jawatankuasa Teknikal MA63 setuju tetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo.

UPKO beri jaminan kekal bersama Kerajaan Perpaduan
UPKO memberi jaminan akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Kelulusan Rang Undang-undang Antilompat Parti lebih penting - Ewon
Ia adalah lebih penting bagi melarang wakil rakyat keluar parti selepas pilihan raya berbanding pemansuhan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.

Kalimah Allah: Cari pendamaian nasional, bukan 'menangguk di air keruh' - Madius Tangau
Semua pihak diseru agar mencari pendamaian nasional dalam kontroversi penggunaan Kalimah Allah dan bukannya menangguk di air keruh.

UPKO, PBRS fokus usaha bangunkan Sabah
Datuk Ewon Benedick dan Datuk Arthur Joseph Kurup akan menjalin kerjasama melalui kementerian masing-masing bagi pembangunan di negeri Sabah.