KUALA LUMPUR: Bersatu akan menghantar notis kepada enam Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam masa terdekat berhubung status keahlian serta kedudukan kerusi yang disandang mereka ketika ini.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selepas itu, pihaknya akan menghantar notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Kelantan berhubung kedudukan mereka.
"Ada proses, perlu berhati-hati, perlu lengkap dengan laporan sebab kita tak nak gopoh, sebab itu ambil masa nak susun betul-betul, kita tak nak atas alasan teknikal, tindakan ini dikatakan tak berperaturan.
"Kita yakin (dengan) langkah (yang) diambil kerana banyak pihak kata betul, ikut Perlembagaan Persekutuan, Akta Anti Lompat Parti dan selaras itu, ROS (Pendaftar Pertubuhan) setuju dan kita beritahu Ahli Parlimen, ADUN Bersatu mereka kena patuh dan tandatangan tetapi ada yang tidak setuju... dan untuk menentukan adanya pilihan raya (kecil) kena bawa kepada Speaker," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) di ibu pejabat gabungan politik itu, di sini, malam tadi.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.
Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi PN, turut mengesahkan Pas akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang dan dijangka mengumumkan calonnya pada15 Jun ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Sungai Bakap dan 22 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.
PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya iaitu Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri lepas, Yang Dipertua Pas Nibong Tebal itu menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
![Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718141779_MuhyiddinYassin.jpg)
Muhyiddin (tengah) berkata, Bersatu akan menghantar notis kepada enam Ahli Parlimen dan dua ADUN dalam masa terdekat berhubung status keahlian serta kedudukan kerusi yang disandang mereka ketika ini. - Foto BERNAMA
![Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719920529_TBhajiji.jpg)
Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji
Sabah melakar sejarah apabila menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri itu di bawah satu platform dikenali Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).
![Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024 Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713405340_telegramjpg.jpg)
Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024
Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.
![Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716284352_AmirudinShari.jpg)
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
![Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917654_TBGiatMara.jpg)
Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal
Pusat itu bakal menyediakan pelatih yang berkemahiran tinggi dalam teknologi motosikal berkuasa tinggi bagi memenuhi keperluan industri.
![PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719919203_TBSelasiah.jpg)
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
![Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719586122_MuhyiddinYassin.jpg)
Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin
Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.
![Saya sudah pencen - Tok Pa sahkan tidak bertanding Saya sudah pencen - Tok Pa sahkan tidak bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664623430_MustapaMohamed.jpg)
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
![Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Bersatu berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong PM.
![PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719178662_WanAhmadFayhsal.jpg)
PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, mesyuarat prasidang Parlimen berlangsung pada Ahad memutuskan gabungan parti itu akan membawa suara rakyat.
![BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
![Azmin serah notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang Azmin serah notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718962706_MohamedAzmin.jpg)
Azmin serah notis kekosongan luar jangka kerusi DUN Selat Klang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor menyerahkan notis bertulis kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang kepada Speaker, Lau Weng San pada Jumaat.
![Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710625482_TBAbuHussin.jpg)
Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin yakin bahawa beliau masih Ahli Parlimen Bukit Gantang kerana beliau bukan berhenti, sebaliknya dipecat oleh Bersatu.
![Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702386449_TBTawfikYaakub.jpg)
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.
![Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717850908_HamzahZainuddin.jpg)
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
![Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718141779_MuhyiddinYassin.jpg)
Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat
Bersatu akan hantar notis kepada enam Ahli Parlimen dan dua ADUN berhubung status keahlian serta kedudukan kerusi mereka ketika ini.