Dua muka baharu antara lima calon yang akan mewakili Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri ke-11, kata ketua pergerakan itu, Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Insya-Allah, kami yakin boleh menang berdasarkan maklum balas rakyat yang positif terhadap BN dan (Ketua Menteri) Tan Sri Adenan Satem," katanya.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada Isnin, bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis ini untuk membincangkan tarikh bagi penamaan calon dan tarikh pilihan raya.
Beliau berkata Pemuda BN Sarawak sudah bersedia untuk pilihan raya dan sedang mengadakan jerayawara di kawasan pilihan raya dan bahagian.
Fadillah berkata beliau berkongsi pandangan Adenan bahawa BN akan memenangi sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusi dalam pilihan raya negeri itu. Sebanyak 82 kerusi dipertandingkan, tambahan 11 kerusi berbanding pilihan raya sebelum ini pada 2011, selaras dengan langkah persempadanan semula oleh SPR tahun lepas.
Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya, ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Rakan Projek Pelaksana (PDP) untuk mengurus dan melaksana pembinaan 706 kilometer (km) Lebuhraya Pan Borneo Sabah, di sini.
Menjawab pertanyaan, beliau berkata isu seperti 1Malaysia Development Berhad(1MDB) tidak memberi kesan yang ketara dalam pilihan raya negeri.
"Saya rasa apa yang lebih penting ialah apa yang Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah lakukan untuk rakyat Sarawak.
"Mereka sangat gembira dan semua isu-isu ini seperti 1MDB tidak member kesan yang banyak ke atas pengundi dan pilihan raya," katanya.
Bernama
Mon Apr 11 2016
FADILLAH: Pemuda BN Sarawak sudah bersedia untuk pilihan raya dan sedang mengadakan jerayawara di kawasan pilihan raya dan bahagian. - Gambar fail
Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala
Kecederaan pada lengan kanan Yahya akibat "tembakan peluru berpandu," kaki kiri cedera akibat "binaan runtuh" selain kecederaan serpihan pada tubuhnya.
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.