KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat yang membuka tirai minggu ini berlangsung dalam semangat politik baharu dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH).
Detik bersejarah itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua-ketua parti dalam PH, kira-kira 5 petang Isnin (13 Sept) di bangunan Parlimen itu membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.
Memorandum yang didedahkan kepada umum itu mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.
BACA: Lakar sejarah, enam perkara dimeterai dalam MoU kerajaan dan pembangkang
Ia antaranya menyatakan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022, selain PH bersetuju mengambil pendirian menyokong atau berkecuali bagi undi Belanjawan 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan, serta proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirunding dan dipersetujui secara bersama.
Kerjasama itu selaras titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada hari sama yang menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa-apa jua permasalahan.
BACA: Kerjasama rentas parti satu pendekatan bersejarah - Agong
BACA: MoU kerajaan-PH terpakai sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan
Rentetan itu, perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada Selasa dan Rabu banyak berkisar kepada memorandum persefahaman dengan rata-rata Ahli Parlimen baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang menyambut baik inisiatif Perdana Menteri itu.
Ada dalam kalangan pembangkang memperincikan lebih lanjut syarat-syarat persefahaman, dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Memorandum Transformasi dan Kestabilan Politik kepimpinan Ismail Sabri jelas menegaskan persefahaman pihak pembangkang untuk menolak jika tiada rundingan.
Wakil dari Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) berkata walaupun parti Warisan kekal dengan pendirian untuk menjadi blok ketiga yang memainkan peranan semak dan imbang kepada persefahaman itu, beliau menyifatkan elemen rentas parti dilaksanakan melalui MoU terbabit adalah perkembangan positif dalam mencapai politik matang.
"Parti Warisan akan terus komited untuk memperjuangkan isu-isu negara secara bipartisan dengan kerajaan. Keutamaan diberikan terhadap isu-isu yang mempunyai implikasi secara langsung kepada rakyat," katanya yang mengambil bahagian pada hari ketiga persidangan.
BACA: MoU: 'Adakah dengan tak tandatangan, kita tidak pentingkan rakyat?' - Mohd Shafie bidas rakan pembangkang
Namun, bukan sidang Dewan Rakyat jika tidak diselit dengan pertikaman lidah dalam kalangan Ahli Parlimen yang membawa kepada kekecohan, dan kali ini ia menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar dewan selepas enggan menarik balik perkataan 'memalukan' yang dikeluarkan terhadap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Kekecohan itu hadir pada hari kedua persidangan apabila isu mengenai usul untuk menggantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
BACA: Gara-gara sebut 'memalukan', Ahli Parlimen Jelutong diarah keluar Dewan Rakyat
Dalam pada itu, kerjasama politik bagi menyelesaikan masalah dan memulihkan keadaan negara yang diselubungi pandemik COVID-19 menjadi antara isu dibangkitkan kebanyakan Ahli Parlimen ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Sementara itu, Dewan Rakyat meluluskan usul penangguhan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke persidangan akan datang bagi membolehkan pindaan Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan dibuat untuk menambah jumlah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada dua kepada tiga orang.
Usul pemilihan bagi jawatan itu pada asalnya disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat kali ini ekoran peletakan jawatan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos lepas.
Bagaimanapun, Azalina membuat kejutan apabila muncul mempengerusikan sementara persidangan Dewan Rakyat pada sesi petang hari ketiga dengan memberi penjelasan beliau sebenarnya diminta Azhar untuk berbuat demikian mengikut Perkara 7 (3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
BACA: Azalina 'kejutkan' Dewan Rakyat, kembali pengerusikan sidang Parlimen
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 ini berlangsung selama 17 hari dan dijadual berakhir 12 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 ini berlangsung selama 17 hari dan dijadual berakhir 12 Okt. - Foto fail/Jabatan Penerangan Malaysia
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Pemain industri gig minta kerajaan tangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig
Pemain industri gig meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada bulan Disember depan.
Sebahagian besar kos lawatan kerja ke lima negara ditanggung GLC, swasta - PM
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, syarikat-syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
RM44.2 juta Akaun Sejahtera dicarum bagi program i-Lindung hingga September 2024
Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera KKWSP sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022.
JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.
Perolehan MyKad generasi baharu di fasa akhir - KDN
Kad pengenalan generasi baharu itu dilengkap dengan ciri keselamatan yang lebih canggih.
Lebih 115,000 terlibat dadah jenis sintetik setakat Sept - KDN
Setakat September tahun ini, lebih 115,000 atau 70.4 peratus individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah sintetik.
Kerajaan cadang pinda Ordinan CAP.123 Sabah, tambah 48 seksyen baharu
Kerajaan bercadang meminda Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sabah (CAP.123) bagi tujuan pengemaskinian dan keselarasan peruntukan dengan sistem pentadbiran semasa JPN.
Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dzulkefly
Perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan pada 2023 telah meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh lapan tahun.