UMNO tetap tenang dan tidak akan terburu-buru mengambil tindakan terhadap anggota parti itu yang terbabit dalam "Deklarasi Mahathir" baru-baru ini, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Bagaimanapun, beliau berkata parti itu tidak memandang remeh isu itu dan akan mengambil kira segala aspek termasuk pandangan akar umbi sebelum bertindak terhadap ahlinya yang jelas bersekongkol dengan pihak pembangkang itu.
"Lagipun kita ada pelbagai biro dan jawatankuasa di dalam parti untuk menilai apa yang telah berlaku.
"UMNO tidak panik. Kita akan tenang tapi ambil serius serta tidak pandang remeh apa yang berlaku.
"Pada masa yang sama, disiplin dan ketegasan itu sentiasa ada dalam parti. Biarlah rakyat menilai apa yang telah berlaku," katanya ketika menjadi tetamu program 'Soal Jawab' di TV3, Sri Pentas hari ini.
BACA : Azmin akui 'gerakan undur Najib' berdepan cabaran
BACA : BN berdepan pembangkang diketuai Tun M - Mahdzir
Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh mengulas mengenai tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Annuar berkata apa sahaja isu yang dibangkitkan termasuk usaha menjatuhkan kerajaan, perlu ditangani dengan bijak.
"Walaupun apa jua masalah yang timbul, kita jangan tinggalkan dan lupa amanah yang diberikan rakyat. Lihatlah masalah rakyat, negara, masalah dalam dan juga masalah dari luar.
"Pada masa yang sama, harus diiingati, Perdana Menteri Malaysia tidak boleh diturunkan atau dijatuhkan dengan deklarasi atau kempen tersebut.
"Pembangkang boleh wujudkan pelbagai isu tetapi kita sebagai kerajaan yang memerintah, perlu mencari jalan penyelesaian, kita ada masa dua tahun, janganlah semua hendak lepaskan kerja, utamakanlah kepentingan rakyat," katanya.
BACA : Tun Mahathir 'desperate' mahu kacau pentadbiran negara - Mas Ermieyati
BACA : Tindakan Tun Mahathir tandatangan deklarasi tanam kebencian rakyat terhadap pemimpin - Zambry
BACA : Pengkhianatan Tun M tidak boleh dimaafkan - Reezal Merican
Annuar berkata rakyat perlu melihat kempen deklarasi itu secara bijak dan pada masa yang sama menilai siapa sebenarnya dalang dan apa tujuan ia diadakan.
"Ada tiga kategori orang menonton wayang. Yang pertama, mereka akan terikut-ikut jalan cerita dan terbawa-bawa (ke luar).
"Kedua, ada yang melihat tapi dapat kawal emosi.
"Yang ketiga, akan berfikir siapa pengarah, pelakon dan sebagainya.
"Jadi sebagai orang lama dalam politik yang sudah melihat beberapa politik dalam negara, saya melihat kempen deklarasi ini dalam konteks ketiga.
"Ini kerana Tun Mahathir seorang strategist. Jadi kena lihat beberapa langkah ke hadapan.
"Harus diingati, beliau pandai menggunakan keupayaan orang lain untuk memenuhi matlamatnya," kata Annuar.
Bernama
Wed Mar 09 2016

ANNUAR: Walaupun apa jua masalah yang timbul, kita jangan tinggalkan dan lupa amanah yang diberikan rakyat. Lihatlah masalah rakyat, negara, masalah dalam dan juga masalah dari luar.- Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PH bantah siasatan terhadap tiga aktivis sosial
Pakatan Harapan membantah pihak berkuasa susulan siasatan terhadap aktivis social, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Screenevasan serta Fadiah Nadwa Fikri berkaitan perhimpunan pro-demokrasi

Ambiga sedia beri kerjasama jika dipanggil polis
Ambiga berkata, polis masih belum menghubungi beliau berhubung penyertaannya dalam perhimpunan berhampiran pusat beli-belah semalam.

Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga
Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam satu tulisan beliau sempena Hari Kebangsaan ke-61 pada Jumaat, menyatakan semua cadangan reformasi perlu melalui konsultasi umum.

Ambiga usah 'baling batu sembunyi tangan' - TPM Zahid
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ambiga tidak boleh bersikap seperti 'membaling batu sembunyi tangan' dalam perkara berkenaan.

Ambiga tiada hak bantah Rang Undang-undang MKN - Kayveas
Tan Sri M. Kayveas menyifatkan Datuk S. Ambiga sebagai seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tindakannya sentiasa berubah-ubah.

"Saya tidak pernah terfikir Tun Mahathir akan disiasat" - Ambiga
Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau tidak pernah menyangka Dr Mahathir akan disiasat polis.

'Nik Aziz pemimpin berpandangan jauh' - Ahli politik
Dengan pemergian Nik Abdul Aziz, Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kata ahli-ahli politik.

Mahkamah Tinggi gugur dakwaan kerajaan Malaysia terhadap Bersih 2.0
Mahkamah Tinggi hari ini mengugurkan saman Kerajaan Persekutuan tehadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kerana menyebabkan kerosakan perhimpunan 2012 di Kuala Lumpur.

GERAMM adakan tunjuk perasaan tuntut kebebasan media
Lebih 100 penunjuk perasaan dengan kebanyakkannya pengamal media, aktivis dan penyokong hadir pada perhimpunan yang dinamakan Bantahan Pensel Merah.