GEORGE TOWN: DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
Sempena memperingati ulang tahun ke-10 pemergian Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng berkata parti berusia 58 tahun itu akan terus menggunakan prinsip yang ditekankan 'Harimau Jelutong' itu iaitu berpegang teguh dengan perjuangan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
"Kita mesti memastikan Keluhuran Perlembagaan, itulah prinsip kita. Selalu Karpal bila buat sebarang urusan atau keputusan, beliau akan cakap adakah ini berperlembagaan atau tidak. Jadi kita gunakan prinsip yang sama," katanya kepada media selepas menghadiri majlus'Tribute Forum Karpal Singh' di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo berkata beliau berharap semua pihak mengambil dan meneruskan semangat perjuangan mendiang untuk Malaysia terutama Kerajaan Perpaduan sekarang ini.
Beliau yang juga anak kedua daripada lima beradik kepada mendiang, berkata bapanya telah memberikan kesan mendalam kepada rakyat negara ini sehingga masih ramai yang memperingati jasanya.
"Perjuangan Karpal, beliau memang tegas...sentiasa tampil sebagai peguam kepada mereka yang memerlukan, kadang-kadang dibuat secara percuma kerana mereka tidak berupaya untuk membayar (yuran guaman). Perjuangan beliau perlu kita teruskan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Digital berkata pejuangan mendiang ayahnya dalam bidang politik dan undang-undang terutama membantu golongan tidak berkemampuan untuk mendapatkan keadilan telah menjadi inspirasi kepada golongan muda hari ini.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh pula yakin bapanya akan menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan sekiranya masih hidup kerana mendiang sentiasa mendahulukan negara dan partinya.
"Negara hari ini sangat berbeza berbanding pada awal 2000-an tetapi satu perkara yang saya sangat pasti beliau (mendiang) sentiasa mengutamakan negara dan partinya. Jika anda melihat konteks itu, mungkin dia akan meluluskan Kerajaan Perpaduan hari ini. Saya rasa dia akan melakukannya," katanya.
Justeru, beliau yang merupakan anak ketiga mendiang berharap Kerajaan Perpaduan akan meneruskan usaha murni mendiang untuk rakyat walaupun berdepan beberapa isu yang biasa dialami oleh setiap kerajaan yang mengambil alih pentadbiran negara.
Turut hadir bekas penasihat DAP Tan Sri Lim Kit Siang, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Karpal, 74, maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Gopeng pada Mac 2014 yang turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39.
Mendiang yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jelutong dari 1978 hingga 1990 dan Bukit Gelugor dari 2004 hingga 2014, merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP yang ketiga menjawat jawatan tersebut sejak 2004 sehingga meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Gobind bersama pemimpin DAP dan ahli keluarganya memberi pengormatan kepada mendiang Karpal Singh di Forum Penghormatan Khas mendiang Karpal Singh di Hotel Marriott hari ini. - Gambar Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.

Siasatan tokoh politik: 'SPRM perlu jalan tugas secara bebas, berkecuali' - Anwar
SPRM perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas secara bebas dan berkecuali termasuk melibatkan siasatan terhadap tokoh politik dan bekas pemimpin negara.

Belanjawan 2021: Rakyat lebih tumpu tokoh politik, kelebihan pada kerajaan PN
Ketua Pegawai Eksekutif EBDesk, Sasongko Yudho berkata, keadaan itu ada kelebihan dan kelemahannya terutama kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Sandiaga Uno positif COVID-19
Beliau membuat keputusan untuk menjalani ujian berkenaan selepas isterinya, Nur Asia Uno disahkan positif pandemik berkenaan.

Maszlee harap pihak berkuasa ambil tindakan
Meluahkan rasa kesal dan kecewanya atas insiden itu, Maszlee berkata universiti merupakan medan intelektual terbuka yang menjadi platform untuk berbincang, berdebat dan berforum secara aman.

Bekas Timbalan KM Sarawak Daniel Tajem meninggal dunia
Datuk Seri Daniel Tajem Miri menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediaman milik keluarganya di Jalan Urat Mata, di Kuching pagi tadi pada usia 82 tahun.

'Bukan sesuatu yang pelik mereka sokong Tun M'
Selain banyak terhutang budi dengan Mahathir, mereka juga tidak mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam kerajaan sekarang menyebabkan mereka bebas mengkritik kerajaan.