MCA akan meletakkan Ketua Pemudanya Senator Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Liow berkata pemilihan Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan adalah berdasarkan gerak kerja beliau selain dilihat mempunyai komitmen tinggi dalam memberi khidmat kepada penduduk Seremban ditambah keperibadian yang dinamik serta popular dalam kalangan penduduk setempat.
"Saya minta penduduk di Seremban memberi sokongan kepada MCA kerana kita perlukan perwakilan kaum Cina dalam kerajaan bagi memberi perkhidmatan berterusan kepada masyarakat Cina," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Besar Seremban, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri King Lim Chin Fui.
Liow juga berkata MCA telah menghantar senarai pendek calonnya untuk PRU ke-14 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional.
Pada masa sama, Liow berkata MCA berterima kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan yang sentiasa menjaga kebajikan kaum Cina sekalipun kaum itu tiada wakil dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.
Beliau turut mengingatkan pengundi Cina agar tidak terpedaya dengan racun emosi yang sering digunakan oleh pembangkang untuk memancing undi.
Mengulas pemilihannya itu, Chong berterima kasih kepada MCA dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diberi dengan komitmen tinggi.
"Saya mohon pengundi Seremban memberi peluang kepada saya untuk membawa suara Seremban masuk ke Parlimen kerana sebelum ini tidak banyak isu-isu Seremban yang dibawa masuk ke Parlimen," katanya.
Kerusi Parlimen Seremban kini disandang oleh Anthony Loke Siew Fook daripada DAP yang menewaskan calon MCA Datuk Dr Yeow Chai Thiam (mendiang) dan tiga calon Bebas pada PRU13.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2017
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (tengah) berkesempatan bergambar ketika melawat Pasar Besar Seremban hari ini. Turut hadir, Chong Sin Woon (lima, kiri). --fotoBERNAMA
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 15 Ogos 2024.
Tumpuan Jumaat – 16 Ogos 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
Pasaran EV Malaysia berpotensi capai dua peratus menjelang akhir tahun - EON
EON mengunjurkan penembusan pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia mencecah sehingga dua peratus menjelang akhir tahun, didorong oleh pelancaran model EV tambahan.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PRK Nenggiri: Polis sahkan ada cubaan pengaruhi pengundi untuk tidak keluar mengundi
Polis mengesahkan bahawa ada pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pengundi untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Sabtu ini.
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
PRK Nenggiri: Pilih wakil rakyat boleh jadi jambatan penghubung rakyat dengan kerajaan - Ahmad
DUN Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan Persekutuan supaya segala isu infrastruktur asas dapat diurus dengan lebih cekap.
PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji - Ahmad Jazlan
Barisan Nasional (BN) tidak akan melancarkan manifesto dengan pelbagai janji bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
PRK Nenggiri: Masyarakat Orang Asli diingat tidak terperdaya janji 'bulan bintang' PN
Masyarakat Orang Asli di DUN Nenggiri diingatkan supaya tidak terperdaya dengan janji 'bulan dan bintang' ditawarkan PN ketika kempen PRK DUN itu.
[KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri?
Jentera yang menyokong dan membantu mereka berdua ini ternyata aktif di semua 20 daerah mengundi.
Ahmad Zahid persoal dakwaan Islam terancam
Ahmad Zahid berkata pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dan dakwaan berterusan bahawa Islam terancam atau dipinggirkan di bawah Kerajaan Perpaduan tidak berasas.
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
PRK Nenggiri: Awie bukan 'muka' baharu - Ahmad Maslan
Calon BN bagi PRK DUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebenarnya bukanlah 'muka' baharu di DUN itu dan hanya mula menyantuni penduduk sehari dua.