Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia menimbang untuk memperuntukkan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada calon wanita.
Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata perkara itu telah dibangkitkan secara lisan sebelum ini namun setakat ini, ia belum dikemukakan secara rasmi kepada parti.
“Mereka belum bentangkan cadangan itu. Kami akan teliti semula apabila cadangan itu dibentangkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Hentikan Halangan untuk Melakukan Skrin Serviks (ROSE) di ibu negara pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang mencadangkan perubahan sistem pilihan raya negara dengan mewujudkan kuota 30 peratus kerusi kepada calon wanita.
Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini dilaporkan berkata, cadangan tersebut termasuk dalam reformasi pilihan raya yang dicadangkan oleh Wanita PKR.
Terdahulu Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata sayap itu akan mengemukakan satu lagi cadangan iaitu ‘kerusi tanpa kawasan pilihan raya’ yang membolehkan anggota Parlimen wanita dilantik tanpa melalui pilihan raya/
Reformasi sedemikian bagi membolehkan lebih ramai anggota Parlimen wanita dilantik dan mencapai sasaran 30 peratus golongan itu terlibat dalam politik.
Sejak PH memenangi PRU ke-14, peratusan anggota parlimen wanita adalah pada kadar 13 peratus berbanding 10 peratus ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Jan 14 2019
![Cadangan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada wanita belum dibentang - Wan Azizah Cadangan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada wanita belum dibentang - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547449471_WANAZIZAH.jpg)
Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata perkara itu telah dibangkitakn secara lisan sebelum ini namun setakat ini, ia belum dikemukakan secara rasmi kepada parti. Foto: Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa - Wan Azizah, Anwar rai ulang tahun perkahwinan Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa - Wan Azizah, Anwar rai ulang tahun perkahwinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582695870_TBAnwarWanAzizahTwi.jpg)
"Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa" - Wan Azizah, Anwar rai ulang tahun perkahwinan
Dr Wan Azizah mengiringi ucapan itu dengan catatan penghargaan ke atas kesetiaan hubungan perkahwinan bersama Anwar.
![Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61495104786_DermaSedekah.jpg)
Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM
Badan kebajikan perlu teroka kawasan lain yang mempunyai gelandangan dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya fokus kepada satu tempat.
![Cadangan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada wanita belum dibentang - Wan Azizah Cadangan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada wanita belum dibentang - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547449471_WANAZIZAH.jpg)
Cadangan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada wanita belum dibentang - Wan Azizah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia menimbang untuk memperuntukkan kuota 30 peratus kerusi pilihan raya kepada calon wanita.
![Ambil langkah awal persediaan PRN Sarawak - Wan Azizah Ambil langkah awal persediaan PRN Sarawak - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51542526378_DatukSeriDrWanAz.jpg)
Ambil langkah awal persediaan PRN Sarawak - Wan Azizah
Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) perlu mengambil langkah-langkah awal untuk menjalankan gerak kerja menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam masa satu atau dua tahun lagi.
![Saya tidak guna jentera untuk berkempen di PD - Wan Azizah Saya tidak guna jentera untuk berkempen di PD - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537448370_WanAzizah.jpg)
Saya tidak guna jentera untuk berkempen di PD - Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada PRK Port Dickson.
![Terap pendidikan bencana sejak kanak-kanak - Wan Azizah Terap pendidikan bencana sejak kanak-kanak - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81537055457_wanazizah.jpg)
Terap pendidikan bencana sejak kanak-kanak - Wan Azizah
Pendidikan bencana perlu diterap di kalangan kanak-kanak di negara ini sebagai persiapan awal berhadapan dengan sebarang kemungkinan bencana alam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Aziza
![Kerajaan pusat lulus RM507,000 baiki sekolah rosak akibat ribut - Wan Azizah Kerajaan pusat lulus RM507,000 baiki sekolah rosak akibat ribut - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537623673_WanAzizah.jpg)
Kerajaan pusat lulus RM507,000 baiki sekolah rosak akibat ribut - Wan Azizah
Kerajaan persekutuan juga menyalurkan wang ihsan RM500 kepada 109 ketua keluarga yang rumah mereka terjejas akibat bencana itu.
![Kerajaan adakan perbincangan meja bulat teliti perkahwinan bawah umur - Mujahid Kerajaan adakan perbincangan meja bulat teliti perkahwinan bawah umur - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533642423_DATUKDRMUJAHIDYUSOF.jpg)
Kerajaan adakan perbincangan meja bulat teliti perkahwinan bawah umur - Mujahid
Kerajaan dijangka mengadakan perbincangan meja bulat bagi membincangkan SOP yang lebih terperinci untuk dijadikan sebahagian daripada undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur.
![Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534056672_WanAzizahWanIsmai.jpg)
Lebih 80 peratus pengasuh berdaftar tiada kelayakan KAP
Seramai 13,700 pengasuh berdaftar di taska seluruh negara tidak mempunyai kelayakan minumum Kursus Asuhan Permata (KAP).
![Pengasuh di rumah akan terus dipantau Pengasuh di rumah akan terus dipantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530723532_TPM.jpg)
Pengasuh di rumah akan terus dipantau
Kerajaan bercadang untuk menambah baik akta sedia ada termasuk Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan dapat dilakukan ke atas pengasuh di rumah.