ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak berhasrat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Menurutnya, hasrat kembali aktif dalam politik untuk memulihkan UMNO Bahagian Alor Setar selepas berlaku kekosongan jawatan Ketua Bahagian, bukannya untuk kembali menjadi wakil rakyat.
“Pendirian saya jelas dalam hal ini, saya bukan sasarkan kerusi DUN untuk jadi calon, bukan itu hasrat saya kembali.
"Saya hanya mahu bantu rakan-rakan dalam UMNO bina semula parti selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Ahmad Bashah berharap penjelasan ini dapat menepis spekulasi kononnya kemunculan semula beliau adalah untuk bertanding kerusi DUN selepas menawarkan diri dalam pemilihan parti di peringkat negeri.
“Tak perlu (bertanding PRN), ramai lagi calon muka baharu yang berpotensi diketengahkan. Isu (calon PRN) lebih sesuai dibarisi calon muda yang juga pelapis kepimpinan dalam parti.
“Saya terima hakikat, saya kalah dalam pilihan raya lepas, saya bukan tamak. Saya akan terus bekerja bantu parti,” katanya.
Ahmad Bashah yang merupakan penyandang Ketua UMNO Bahagian Alor Setar sebelum diambil alih Datuk Mohd Yusof Ismail, membuat keputusan itu selepas Mohd Yusof digantung keahlian selama enam tahun sejak tahun lalu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu jelaskan, keutamaan kini adalah untuk bersama kepimpinan bahagian mahupun negeri untuk pulihkan UMNO.
“Saya sedia berikan pandangan jika diperlukan. Saya kembali tawar diri bertanding pemilihan untuk menyumbang kepada parti harmonikan semua peringkat dan sama-sama bina semula parti.
“Harus diingat, UMNO kalah dalam PRU lepas disebabkan pengundi muda, kita perlu mantapkan semula gerak kerja peringkat Pemuda UMNO dan sayap Puteri menerusi program yang dapat menarik minat mereka kepada parti. Kita harus bangkit semula dengan segera,” ujarnya.
Beliau berkata, biarpun ‘berehat’ seketika daripada politik sebelum ini, jiwanya tetap subur bersama UMNO dan sentiasa mengikuti perkembangan dalam parti.
“Saya hanya tinggalkan jawatan, bukan parti. Jiwa politik saya tetap subur walaupun berehat seketika.
“Saya aktif di belakang tabir seperti perjumpaan dengan persatuan veteran UMNO, turun padang berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor dan Melaka, aktiviti parti saya tetap sertai,” ujarnya.
Ahmad Bashah berharap pasukan yang dibentuk selepas pemilihan berakhir akan menjadi satu pasukan yang kuat untuk berdepan PRU akan datang.
“Kita tak boleh lagi ada banyak kem dalam parti, hanya satu pasukan UMNO yang bersatu, tak boleh lagi berpecah. Sekiranya wujud dua kem, parti akan binasa.
“Mereka yang tidak setia tak boleh bersama, ini bertepatan dengan slogan UMNO, iaitu bersatu setia dan berkhidmat. Slogan itu mempunyai pengertian yang kuat untuk dihayati setiap ahlinya,” tegasnya.
Menurutnya, atas semangat kesatuan itulah, UMNO mampu bertahan sehingga lebih 60 tahun.
“Kesetiaan itu penting, keputusan parti harus dipatuhi, mereka yang tidak patuh arahan parti bermakna mereka tidak menghayati slogan parti.
“Walaupun ada parti cuba pujuk saya sertai mereka, saya tetap setia bersama UMNO sebab sayangkan parti.
"Pada usia 73 tahun, bukan jawatan yang dikejar, hanya mahu melihat UMNO kembali kukuh bawah gandingan pemimpin lama dan baharu,” katanya lagi.
Mengulas mengenai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN, Ahmad Bashah berharap ia diperkukuhkan bagi mencapai sasaran yang sama, iaitu memenangi pilihan raya.
“Perkongsian dalam Kerajaan Perpaduan perlu sepakat, khususnya pembahagian kerusi, selepas capai persetujuan semua perlu bekerja secara bersama,” katanya.
Pada Mei 2018, Ahmad Bashah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi UMNO Kedah dan Pengerusi BN negeri selepas parti itu kalah teruk dalam PRU14, hanya menang tiga daripada 36 kerusi DUN.
Ahmad Bashah turut kehilangan kerusi disandangnya selama lima penggal di DUN Suka Menanti, yang sebelum ini dikenali Bakar Bata. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 07 2023

Ahmad Bashah berkata beliau tidak berhasrat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. -Foto Sinar Harian

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.

Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.

Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.

Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.

Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.

Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.

10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.

Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.

Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.

Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.