KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui memberi kelulusan kepada ECK Development Sdn Bhd untuk menguruskan kawasan Gunung Inas di Baling sebagai ladang durian musang king pada skala besar.
Beliau, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata berkata, ECK merupakan syarikat tempatan yang membeli Aman Mega, iaitu syarikat yang diberi kelulusan untuk menguruskan kawasan berkenaan oleh Menteri Besar sebelumnya.
Ahmad Bashah berkata, berdasarkan kertas cadangan ECK ketika beliau menjadi Menteri Besar, tujuannya bagi memastikan kawasan yang sebelum itu dijalankan aktiviti pembalakan, dapat dilindungi semula dengan tanaman, supaya tidak menjadi masalah kepada kawasan sekitar.
“Kelulusan itu, tidak sama sekali untuk tujuan pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
“Jadi tumpuan kerajaan (ketika itu) adalah untuk memastikan supaya kawasan berkenaan dilindungi semula, dibaik pulih selepas pembalakan. Ia lebih kepada kesinambungan daripada aktiviti yang dicadangkan oleh syarikat-syarikat yang dipertanggungjawabkan sebelum ini,” katanya lagi di laman Facebook beliau, hari ini.
BACA: Banjir Baling: 'Saya tahu siapa terlibat, jangan paksa kita dedahkan' - Sanusi
Terdahulu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa beliau telah menerima kandungan dokumen dan kronologi berkaitan isu pembalakan dan kelulusan projek durian jenis musang king di Gunung Inas, Baling daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
Menurutnya, beliau juga turut mengetahui nama-nama individu tertentu yang telah menandatangani kelulusan bagi projek penanaman durian musang king di lokasi terbabit.
Bagaimanapun jelas Sanusi, beliau tidak mahu membuat pendedahan itu kerana memegang kepada prinsip untuk tidak terus bermain 'blame game' sebaliknya fokus kepada jalan penyelesaian terhadap apa yang berlaku.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, cadangan ECK itu kemudiannya diangkat untuk pertimbangan kerajaan.
“Sebagai Menteri Besar (ketika itu) sudah tentu saya tidak boleh mengambil keputusan semberono. Ia perlu melalui beberapa peringkat penelitian dan mesyuarat khas diperingkat kerajaan.
“Sebenarnya banyak cadangan lain lagi tetapi bagi kerajaan pada masa itu cadangan dari ECK tampak lebih meyakinkan. Kita mengambil kira pelbagai faktor termasuk faktor ekonomi, alam semula jadi, kepentingan penduduk dan sebagainya,” katanya lagi.
Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri memberi kelulusan itu untuk melindungi semula kawasan tersebut di samping turut mendapat faedah dan pulangan yang difikirkan setimpal.
“Apa yang penting bagi kerajaan, adalah isu di kawasan hutan Inas itu diselesaikan segera. Tidak pula saya berpolitik untuk menuding jari kepada sesiapa. Kerana saya sangat faham kerajaan negeri mana sekalipun tidak akan membiarkan perkara ini berterusan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Jul 19 2022

Ahmad Bashah berkata, berdasarkan kertas cadangan ECK, tujuannya bagi memastikan kawasan yang sebelum itu dijalankan aktiviti pembalakan, dapat dilindungi semula dengan tanaman, supaya tidak menjadi masalah kepada kawasan sekitar. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.

Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.

Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.

Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.

Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.

Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM

Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.

Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.