PONTIAN: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja keras menyekat 'gelombang hijau' Perikatan Nasional sebelum menjadi ancaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pas juga berada di Johor dan mereka turut cuba memenangi PRK bagi mendapat sokongan rakyat.
Jelasnya, Pas kini hanya mempunyai satu kerusi di DUN Johor iaitu DUN Maharani yang diwakili Abdul Aziz Talib.
"Pas ini ada di mereta tempat termasuk di Johor, dan mereka tetap mencuba.
"Kita tidak mahu perkara yang sama berlaku di Selangor melanda Johor. Di mana dahulu Pas cuma ada lima kerusi, tetapi sekarang bersama PN mereka ada 22 kerusi," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian pada program Pemimpin Bersama Masyarakat Madani peringkat DUN Pulai Sebatang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pontian di sini, pada Sabtu.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan I menegaskan, penjelasan perlu dibuat tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan dan sebab DAP berada dalam gabungan kerajaan yang dibentuk BN dan PH itu bagi menepis gelombang hijau.
"Jentera BN dan PH perlu buat penjelasan tentang dua perkara iaitu sebab Kerajaan Perpaduan ditubuhkan kerana titah Yang di-Pertuan Agong demi kestabilan negara.
"Seterusnya mengenai DAP yang berada di gabungan ini. Kedua-dua perkara ini saya lihat tidak difahami oleh pengundi sewaktu pilihan raya negeri (PRN) enam negeri yang lalu kerana kurang penjelasan diberikan," katanya.
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor memaklumkan 24 bahagian UMNO di negeri ini akan menjadi bapa angkat kepada setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di UMNO Bahagian Bakri dan Pulai.
"Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengetuai jentera pilihan raya BN, manakala saya akan bertindak di Parlimen Pulai," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 19 2023

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Pas Johor akan turut cuba memenangi PRK bagi mendapat sokongan rakyat. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRK Sungai Bakap: PH-BN tampil kerjasama paling erat - Nik Nazmi
Kerjasama itu nyata menampakkan kesan apabila banyak program yang diatur oleh PH-BN mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.

PRK Nenggiri: Mohd Azizi beri laluan kepada PH-BN
Mohd Azizi berkata sebaliknya beliau akan memberi laluan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi yang disandangnya.

PRK Pelangai: Ratusan penyokong BN, PN buat 'flash mob', sambut kepulangan pengundi luar
Jentera PH-BN dan PN menggunakan baki masa terakhir untuk meraih undi dengan menyambut kepulangan perantau melalui penganjuran flash mob atau persembahan kilat berkumpulan.

PRK Pelangai: 'Bukan beri percuma tapi jual dengan harga subsidi'
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim, berkata beras itu bukan diberikan secara percuma sebaliknya ia adalah program beras bersubsidi oleh kerajaan negeri.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Siapa lebih menonjol?
Enjin jentera parti yang dulunya kelihatan 'suam-suam kuku' mungkin kini sudah bertukar kepada 'gear 4' menuju hari pengundian, 9 September depan.

PRK: Pengaruh MB, dua bekas MB Johor beri kelebihan kepada PH-BN
Mohamed Khaled sebagai Pengerusi BN Johor serta Onn Hafiz yang kini menerajui kerajaan negeri, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

PRK: Keserasian PH-BN lebih terserlah di Pulai, Simpang Jeram
Keserasian jentera Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dilihat menyerlah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

PRN: Sabar, istiqamah buat kerja sementara tunggu 'post mortem' selesai - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil meminta semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan untuk bersabar dan beristiqamah melakukan gerak kerja, sementara proses post mortem keputusan PRN.

BN, PH perlu kerja keras sekat gelombang hijau di Johor - Ahmad Maslan
BN-PH perlu bekerja keras menyekat 'gelombang hijau' Perikatan Nasional sebelum menjadi ancaman pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

PRN: 24 calon wanita menang kerusi DUN
Jumlah calon wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri semalam ialah seramai 71 orang.