IPOH:Barisan Nasional (BN) Perak akan membincangkan dengan kerajaan negeri mengenai dakwaan Pemuda MCA dan MIC kononnya kedua-dua parti dianaktirikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada suara seperti itu yang menyatakan harapan dan perasaan mereka sebagai kerajaan.
Menurutnya, beliau sendiri akan menyuarakan perkara itu dalam mesyuarat Exco minggu hadapan.
“Pada saya apa yanng ditimbulkan oleh MCA dan MIC itu adalah penilaian, rungutan atau rintihan kepada apa yang mereka rasa.
“Itu mereka rasa, (MCA dan MIC) rasa sepatutnya mereka dapat tetapi tidak dapat, jadi itulah yang dia suarakan.
“Kita perlu berusaha untuk mendengar dan melayani walaupun kita tahu, kita tidak boleh memuaskan semua orang tetapi kita boleh meminimakan perasaan tidak puas hati, itu perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan kepada sukarelawan PPE Tahun 2020 di sini, hari ini.
Pada Khamis, Ketua Pemuda MCA dan MIC Perak Ahmad Faizal mendakwa mengenepi dan menganaktirikan kedua-dua parti tersebut dalam kerajaan negeri.
Ketua Pemuda MCA Daniel Wa Wai How dan Ketua Pemuda MIC, S Jayaganes dalam kenyataan bersama berkata, mereka kesal dan hampa dengan Menteri Besar itu yang didakwa langsung tidak mengiktiraf dua parti komponen BN itu.
Saarani berkata, mana-mana rakyat Malaysia berhak memberi pandangan yang mereka fikirkan berasas terhadap kerajaan, sama ada mereka berpuas hati atau tidak.
“Ia bukan perkara luar biasa sebab itu setiap kerajaan di Malaysia hendaklah memberikan perkhidmatan yang kalau boleh dapat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat.
“Walaupun ia satu perkara mustahil sebab kita tidak dapat memenuhi kehendak semua orang, tetapi pada masa sama ia perlu meminimakan perasaan tidak puas hati rakyat itu,” ujarnya.
Sebab itu, katanya, sebagai Pengerusi BN Perak, beliau perlu berbincang supaya kerajaan negeri dapat memberikan perhatian kepada kelompok berkenaan.
Dalam pada itu, Saarani berkata, kenyataannya minggu lalu mengenai rasa kecewa terhadap Ahmad Faizal, tidak menjejaskan hubungan baik antara UMNO dan Bersatu.
Menurutnya, bagi membentuk sebuah kerajaan yang harmoni, semua pihak perlu saling tegur menegur antara satu sama lain jika berlaku kesilapan dan bersedia untuk membetulkan kesilapan itu.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Oct 24 2020
Saarani sebagai Pengerusi BN Perak, beliau perlu berbincang supaya kerajaan negeri dapat memberikan perhatian kepada kelompok berkenaan. - Gambar Fail
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.