Kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bermakna rakyat di kawasan ini masih mengingati dan menyayangi bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, kata Setiausaha BN Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
Rundi yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata majoriti besar yang diperoleh Jamilah juga membuktikan Ketua Menteri baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg diterima dan dihormati rakyat Sarawak.
Ketika ditanya sama ada janji yang dibuat oleh pemimpin BN semasa kempen PRK yang berlangsung dari 4 hingga 17 Feb antara faktor kemenangan itu, Rundi yang merupakan Menteri Kemudahan Awam Sarawak berkata rakyat memberi kepercayaan terhadap kepimpinan BN berdasarkan pencapaian dan janji-janji sebelum ini.
"Berdasarkan pemerhatian dan maklum balas semasa berkempen, saya telah jangkakan beliau akan menang dengan majoriti besar, walaupun kehadirannya diwakili oleh anak lelakinya Azizul (Annuar Satem) kerana beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan pemimpin akar umbi serta rakyat Lundu selama ini," kata Rundi kepada Bernama.
Beliau berkata kepimpinan BN dan PBB khususnya telah memilih calon yang tepat bagi pilihan raya kecil DUN Tanjong Datu.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdullah Saidol berkata majoriti yang meningkat yang diperoleh Jamilah adalah mesej yang jelas rakyat menerima kepimpinan Abang Johari.
Katanya, keputusan yang baik dalam PRK ini adalah sebagai tanda penerimaan ikhlas pengundi di kawasan DUN Tanjong Datu terhadap calon BN.
"Ia juga sebagai tanda terima kasih masyarakat di Tanjong Datu terhadap jasa Allahyarham Tan Sri Adenan Satem," katanya.
Menurut Abdullah, yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, seluruh jentera PRK BN yang juga melibatkan secara aktif rakan-rakan komponen parti telah bekerjasama dalam kempen PRK dan bergerak dengan cara yang sistematik serta berkesan.
"Calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit gagal meraih undi popular kerana mereka kurang memahami sentimen masyarakat di sini dan mereka juga membawa mesej kempen berburuk sangka serta isu yang membawa perpecahan," katanya.
PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017

DR STEPHEN: Kemenangan besar Jamilah pada PRK DUN Tanjong Datu bermakna rakyat di kawasan ini masih mengingati Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

BN menang majoriti besar tanda rakyat ingati sumbangan Tok Nan
Kemenangan besar calon BN Datuk Amar Jamilah Anu pada PRK DUN Tanjong Datu bermakna rakyat di kawasan ini masih mengingati dan menyayangi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Anak Tok Nan rayu sokongan pengundi kaum Iban
Azizul meminta pengundi kaum Iban di daerah ini memberi sokongan yang sama kepada ibunya Datuk Amar Jamilah Anu seperti mana mereka menyokong arwah bapanya dulu.

BN amal kempen secara sederhana bagi menghormati pemergian Adenan
Kempen Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Tanjong Datu kini berlangsung secara sederhana.

Jamilah arif tentang penduduk Tanjong Datu - Penduduk
Jika Ketua Menteri Kelima Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dikenali sebagai pemimpin yang tidak terlalu mengikut protokol, balunya Datuk Amar Jamilah Anu tidak kurang hebat.

PRK Tanjong Datu: Anggota polis ditambah jika ada pertandingan
Jumlah anggota polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu akan ditambah sekiranya berlaku pertandingan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Fadillah harap BN menang tanpa bertanding di Tanjung Datu
Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof berharap Barisan Nasional (BN) akan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu.

Kabinet Sarawak masih baharu, tiada keperluan dirombak - Pemerhati
Keputusan Abang Johari mengekalkan barisan Kabinet yang dibentuk Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, adalah bagi memberi tumpuan meneruskan usaha yang ditinggalkan, kata seorang pemimpin parti.

Abang Johari teruskan agenda dan dasar Allahyarham Adenan
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan anggota kabinetnya berikrar untuk meneruskan khidmat bakti yang dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

PM Najib yakin Abang Johari dapat teruskan legasi Adenan
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.