"Jangan mimpi boleh menang di Parlimen Seremban dan Telok Kemang," itu tegas Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Secara realitinya, kata beliau, bukan mudah untuk Barisan Nasional (BN) merampas kedua-dua kerusi terbabit yang disifatkan sebagai kubu kuat DAP dan PKR.
“Kita sudah bertapak dua penggal di Parlimen Seremban dan Telok Kemang. Jadi semestinya kita akan terus pertahankannya.
“Lebih menarik, majoriti undi kita dapat bagi Parlimen Seremban pada PRU13 meningkat berbanding PRU12,” katanya yang merupakan Pengerusi PKR negeri.
Demikian respons beliau terhadap BN negeri ini yang berhasrat menawan kembali kedua-dua Parlimen berkenaan pada PRU14.
Kelmarin, Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kedua-dua kerusi itu sebagai hadiah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
BACA: BN yakin menangi tujuh kerusi parlimen di Negeri Sembilan
BACA: Penduduk teruja kehadiran PM Najib di Telok Kemang
Mengulas lanjut cita-cita tinggi pihak lawan, Aminuddin berkata, apa dilakukan Mohamad sekadar retorik bagi menaikkan semangat penyokong BN dan menarik pengundi.
“Seperti kita maklum, semangat jentera Umno dan BN di tahap yang rendah. Ini bukan cakap kosong, tapi berdasarkan senario berlaku akhir-akhir ini.
“Lagipun kena ingat balik pada 2008. Masa itu, beliau pernah menyasarkan sifar pembangkang. Tapi kita menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen.
“Kemudian pada 2013, mereka kata akan menguasai dua pertiga DUN. Hajat itu tidak tercapai dan kita pula hanya berkurang satu DUN,” katanya.
Justeru, beliau mendakwa Mohamad berkemungkinan mempunyai agenda tersendiri apabila membuat pengumuman sedemikian.
“Beliau telah berjanji, ini penggal terakhir sebagai menteri besar. Tapi mungkin ada agenda tertentu, di mana beliau ingin pertahankan lagi jawatan itu,” katanya.
Untuk rekod pada PRU13, kerusi Parlimen Seremban dimenangi oleh Anthony Loke dari DAP manakala Datuk Kamarul Baharin Abbas dari PKR di Parlimen Telok Kemang.
Sinar Harian
Tue Feb 27 2018
Aminuddin (gambar) berkata, apa yang dilakukan menteri besar hanya sekadar retorik bagi menaikkan semangat penyokong BN dan menarik pengundi di Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
GISB: Negeri Sembilan kekal pendirian rujuk pewartaan sesat Al-Arqam - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Tuanku Muhriz titah bela nasib kanak-kanak terkait GISB di N. Sembilan - Aminuddin
Tuanku Muhriz turut mencadangkan kepada JKM negeri supaya kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun yang tidak diambil ibu bapa mereka supaya diberi perhatian sewajarnya.
Kerajaan Negeri Sembilan siap siaga bencana banjir
Pengurusan Bencana Negeri mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi lain bagi mendapatkan maklumat dan persiapan menghadapi musim tengkujuh.
Status ajaran GISB: Negeri Sembilan tunggu perkenan Tuanku Muhriz
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya perlu mendapatkan pandangan daripada Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.
Perarakan kereta klasik serikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan
Perarakan kereta itu bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini selain menzahirkan penghargaan kepada pejuang terdahulu dan rasa cinta terhadap tanah air.
Tuanku Muhriz saksi perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Lebih 80 kontinjen merangkumi 5,000 peserta terlibat pada perbarisan sambutan yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS).
Air pasang besar punca banjir di Negeri Sembilan - MB
Kejadian banjir yang berlaku di Negeri Sembilan sejak Selasa lalu disebabkan fenomena air pasang besar terutamanya di kawasan Port Dickson.
Negeri Sembilan telah tunaikan 95 peratus manifesto PRN - Aminuddin
Katanya, sebahagian inisiatif itu termasuk bantuan perkahwinan RM500 kepada anak negeri yang mendirikan rumah tangga untuk kali pertama.
Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan
Katanya pengibaran Jalur Gemilang perlu dilihat sebagai cerminan jati diri selain menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.