Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara pada ketika ini bukanlah sebuah parti yang 'mabuk kuasa'.
Itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan BN merupakan parti yang sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi dengan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih setiap lima tahun.
Menurutnya, prinsip demokrasi harus diamalkan dan bukan menjatuhkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang secara jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
"BN tidak mabuk kuasa seperti didakwa pembangkang. Kita tentukan kerajaan menerusi pilihan raya," katanya ketika merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Limbang, di Kompleks Sukan Limbang hari ini.
Najib berkata, rakyat Sarawak perlu mengekalkan kerajaan sedia ada yang dipimpin 'Pasukan Adenan' dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) bagi menjamin hari esok supaya lebih baik dari hari ini.
Justeru, beliau mahu rakyat Sarawak untuk tidak mudah terpengaruh dengan cara politik tidak matang yang diamalkan pembangkang selain menyebar adu domba, politik kebencian dan fitnah.
"Ada ketua DAP kata GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) akan naik daripada enam peratus kepada 10 peratus kalau BN menang pada pilihan raya nanti.
"Saya nak katakan ini semua penipuan.. pembohongan kepada rakyat," tegas Najib.
Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Seri Jamilah Anu.
Hampir 20,000 penduduk di bahagian utara Sarawak menghadiri program berkenaan.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Apr 02 2016
![BN bukan parti yang 'mabuk kuasa' - Najib BN bukan parti yang 'mabuk kuasa' - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61456547356_Najib.jpg)
NAJIB: Prinsip demokrasi harus diamalkan dan bukan menjatuhkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang secara jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. - Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Pas sahkan letak calon bukan Islam pada PRN Sarawak Pas sahkan letak calon bukan Islam pada PRN Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41438489039_PAS.jpg)
Pas sahkan letak calon bukan Islam pada PRN Sarawak
Buat julung kalinya Pas akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak namun enggan mendedahkan identiti calon itu.
![BN bukan parti yang 'mabuk kuasa' - Najib BN bukan parti yang 'mabuk kuasa' - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61456547356_Najib.jpg)
BN bukan parti yang 'mabuk kuasa' - Najib
BN merupakan parti yang sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi dengan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih setiap lima tahun.
![Notis pembubaran DUN Sarawak akan dihantar kepada SPR hari ini - Speaker Notis pembubaran DUN Sarawak akan dihantar kepada SPR hari ini - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41459485709_AmarMohamadAsfia.jpg)
Notis pembubaran DUN Sarawak akan dihantar kepada SPR hari ini - Speaker
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar memaklumkan, notis terbabit telah difaksimili pagi tadi dan akan di hantar mengunakan perkhidmatan kurier hari ini juga.
![Adenan Satem menghadap TYT Sarawak, adakan sidang media petang ini Adenan Satem menghadap TYT Sarawak, adakan sidang media petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81459396110_TSAdenanSatem.jpg)
Adenan Satem menghadap TYT Sarawak, adakan sidang media petang ini
Terdapat desas desus mengatakan yang perjumpaan pagi ini dan sidang media pada sebelah petang nanti adalah bagi tujuan untuk mendapatkan perkenan TYT bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
![Pembubaran DUN Sarawak: Adenan akan menghadap Taib Mahmud dalam masa terdekat Pembubaran DUN Sarawak: Adenan akan menghadap Taib Mahmud dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51458458601_JenteraTanjongDatu.jpg)
Pembubaran DUN Sarawak: Adenan akan menghadap Taib Mahmud dalam masa terdekat
Bagaimanapun, Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri enggan mendedahkan bila tarikh pertemuan berkenaan akan diadakan.