Seorang calon bukan Islam adalah antara 11 calon PAS yang akan diletakkan parti pembangkang itu, dalam usaha untuk bertapak dalam politik Sarawak, pada pilihan raya negeri ke-11.
Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili mengesahkan buat julung kalinya parti akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak namun enggan mendedahkan identiti calon itu.
"Pengumuman rasmi kesemua 11 calon, termasuk calon bukan Islam itu dan satu-satunya calon wanita, akan diumumkan esok malam di Bintulu," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, Mukhtar berkata kali ini calon-calon PAS daripada pelbagai latar belakang dan merupakan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.
"Kami telah turun padang ke seluruh Sarawak menerusi program kami dipanggil "Untukmu Sarawak" yang telah dilaksanakan pada 2014 dan berdasarkan maklum balas, kami yakin yang kami ada peluang," katanya.
Bagi pilihan raya negeri ke-11, PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.
Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.
Sementara itu ketika ditanya tentang cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding, Mukhtar berkata ia akan meningkatkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang dan bukannya akan menjejaskan peluang kemenangan parti pemerintah itu.
"Dengan atau tanpa kehadiran Amanah dalam pilihan raya negeri, kami sudah membuat persediaan dan kami sedia berdepan dengan sesiapa sahaja," katanya.
Pada Ahad lepas, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dipetik sebagai berkata bahawa parti itu akan bertanding di 13 kerusi dalam pilihan raya negeri.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini mengumumkan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April ini bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.
Bernama
Tue Apr 05 2016
Calon-calon PAS pada PRN kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan merupakan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam. - Gambar fail
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Pas sahkan letak calon bukan Islam pada PRN Sarawak
Buat julung kalinya Pas akan meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak namun enggan mendedahkan identiti calon itu.
BN bukan parti yang 'mabuk kuasa' - Najib
BN merupakan parti yang sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi dengan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih setiap lima tahun.
Notis pembubaran DUN Sarawak akan dihantar kepada SPR hari ini - Speaker
Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar memaklumkan, notis terbabit telah difaksimili pagi tadi dan akan di hantar mengunakan perkhidmatan kurier hari ini juga.
Adenan Satem menghadap TYT Sarawak, adakan sidang media petang ini
Terdapat desas desus mengatakan yang perjumpaan pagi ini dan sidang media pada sebelah petang nanti adalah bagi tujuan untuk mendapatkan perkenan TYT bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Pembubaran DUN Sarawak: Adenan akan menghadap Taib Mahmud dalam masa terdekat
Bagaimanapun, Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri enggan mendedahkan bila tarikh pertemuan berkenaan akan diadakan.