Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak dijangka semakin hampir setelah Ketua Menterinya, Tan Sri Dr Adenan Satem memberitahu bahawa beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri enggan mendedahkan bila tarikh pertemuan berkenaan akan diadakan.

"Selepas ini, saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bagi menasihati beliau pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak lama lagi.

"InsyaAllah saya berkeyakinan bahawa BN akan mendapat kemenangan melebihi majoriti mudah dalam PRN-11 nanti," katanya.

Pelancaran Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjung Datu PRN-11 di Dewan Suarah di sini hari ini yang telah  dihadiri lebih 1,000 orang.

Mengulas lanjut, Adenan turut menyatakan yang manifesto BN sedang dimuktamadkan yang akan dikeluarkan selepas pembubaran DUN nanti.

"Saya boleh mengatakan bahawa mereka yang menentang BN sebelum ini akan kembali semula kepada kami," katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjung Datu PRN-11 di Dewan Suarah di sini hari ini.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Santubong merangkap Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya itu, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Cawangan, Abu Seman Karim dan Setiausaha Cawangan, Abdul Razak Wahab.

Sebelum ini, Adenan telah mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tarikh 18 April depan sebagai hari penamaan calon dan 30 April pula adalah hari mengundi.

Bagaimanapun, keputusan mengenai tarikh penting itu terletak di bawah bidang kuasa SPR.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Santubong merangkap Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya itu, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Cawangan, Kaunselor Abu Seman Karim dan Setiausaha Cawangan, Kaunselor Abdul Razak Wahab. - Foto Astro AWANI

Adenan yang merupakan penyandang DUN Tanjung Datu akan kekal bertanding di situ pada pilihan raya negeri nanti.

Tambahnya, selepas pembubaran DUN nanti, pihak SPR akan mengambil alih dan mengadakan mesyuarat menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pasukan BN, beliau memberitahu, sesiapa yang akan bertanding dengan lambang dacing akan didalam pasukannya.