Bekas timbalan ketua menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah mengumumkan penyertaannya dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.
Raymond yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sebuah majlis di sini.
Beliau yang merupakan bekas pengerusi Parti Gerakan merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan selepas tewas di DUN Tanjung Papat – yang terletak dalam Parlimen Sandakan pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Mohd Shafie ketika ditemui media berkata, beliau diajukan pelbagai soalan apabila wujud desas-desus yang menyatakan bahawa beliau akan menerima Raymond dalam Warisan.
"Sebenarnya, dia (Raymond) ada jumpa dengan saya agak awal dan menyatakan tentang hasratnya untuk membantu perjuangan ini, bukan pasal apa-apa pun.
"Dia tidak minta dicalonkan, dia tidak minta untuk dilantik (jawatan parti). Cuma ingin membantu supaya keadaan di peringkat negeri Sabah atas dasar pengalaman beliau dan kita yakin bahawa ini satu jalan yang baik," jelas Mohd Shafie.
Sementara itu, Raymond ketika ditemui media pada majlis sama berkata, beliau membuat keputusan menyertai Warisan atas permintaan Mohd Shafie.
"Ini pun bukan keputusan saya sendiri di mana saya dengan rakan-rakan seperjuangan sewaktu kami keluar Parti Gerakan, kita fikirkan landasan yang lebih baik adalah bagaimana untuk bantu memperkuatkan lagi pergerakan pentadbiran negeri Sabah.
"Kalau boleh, kita sama-sama menyumbang kepada parti Warisan yang dipimpin Shafie di mana dengan cara itu kita akan membangunkan Sabah dengan satu pergerakan yang lebih kuat," katanya.
Pada PRU lalu, beliau yang bertanding di DUN Tanjung Papat mewakili Barisan Nasional tewas kepada calon DAP, Poon Ming Fung dengan majoriti 1,816 undi.
Harits Asyraf Hasnan
Fri May 03 2019

Mohd Shafie (tengah) menerima borang kemasukan Warisan daripada Raymond (kanan) dalam satu majlis di Sandakan hari ini. - BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Warisan tidak diterima dalam kabinet' - Shahelmey
Majlis Angkat Sumpah di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu pada hari ini menyaksikan penyertaan tiga muka baharu daripada PH dan BN iaitu Datuk Christina Liew dan Datuk James Ratib (BN).

Shafie Apdal dakwa kejatuhan kerajaan Warisan di Sabah berpunca daripada tawar-menawar
Katanya, budaya tawar-menawar membawa kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri melompat parti.

Mohd Shafie nafi Warisan 'tutup pintu'
Sebaliknya, beliau mahu memperkukuh Warisan terlebih dahulu sebelum mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti ketika ini.

Penubuhan Parti Warisan di Tanjung Piai tidak gugat UMNO
Jefridin Atan berkata, sebagai sebuah parti politik yang cukup matang, UMNO bersedia berdepan lawan sama ada daripada Warisan atau parti politik yang lain.

'Jika UMNO, PKR, Pas boleh bertanding di Sabah, kenapa tidak Warisan di Semenanjung' - Mohd Shafie
Mohd Shafie Apdal menegaskan, Warisan tidak gentar untuk meletakkan calon daripada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Semenanjung Malaysia.

'Orang Melayu di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada UMNO' - Mohd Shafie Apdal
Warisan yang diwujudkan di Sabah secara rasminya melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia hari ini.

Warisan peringkat nasional dilancarkan di Kuala Lumpur Jumaat ini
Katanya, ramai menganggap parti itu tidak akan bertahan lama, tiada kekuatan dan tidak relevan ketika ditubuhkan pada 2016.

Kerjasama Warisan-Muda: Tunggu keputusan mahkamah Disember ini - Wei Jiet
Setakat ini perbincangan berhubung kerjasama tersebut telah dijalankan melibatkan kepimpinan tertinggi Muda dan parti-parti pembangkang.

RMK-12: Kerajaan dicadang bentang laporan berkala di Parlimen - Shafie Apdal
Rekod dan pencapaian sejak RMK-8 hingga RMK-11 yang menelan kos RM860 bilion menunjukkan bahawa kerajaan gagal untuk mencapai Wawasan 2020.

COVID-19: Jangan jadikan kematian tertunggak gambaran kerajaan dapat kawal situasi - Shafie Apdal
Shafie mempersoalkan data dikeluarkan KKM susulan negara sedang menghadapi angka kematian tinggi akibat wabak COVID-19.