LABUAN: Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa kejatuhan Kerajaan Parti Warisan di Sabah pada Pilihan Raya Negeri 2020 (PRN 2020) adalah berpunca daripada budaya tawar-menawar yang membawa kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat ke parti politik lain, dan bukan disebabkan kehilangan mandat rakyat.
"Kenapa ada yang melompat, saya difahamkan ada yang membeli dan ada yang menawar," katanya kepada pemberita selepas berucap pada kempen Pilihan Raya Ke-15 di sini malam tadi.
Bagaimanapun pada PRN 2020 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 38 kerusi DUN dan membentuk kerajaan negeri manakala Warisan Plus (Warisan, DAP, Amanah, UPKO dan PKR) hanya memperoleh 32 kerusi DUN dan baki tiga kerusi DUN Sabah dimenangi calon Bebas.
Sementara itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Membakut, di sini pada Jumaat dilaporkan berkata kerajaan yang tidak mendapat mandat rakyat tidak akan bertahan lama.
Hajiji merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa pentadbiran Warisan sebelum ini bukan berdasarkan mandat rakyat tetapi disebabkan ada wakil rakyat yang melompat hingga menyebabkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu jatuh.
Pada 12 Mei 2018 Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri Sabah selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada UMNO dan dua daripada UPKO yang berpaling tadah kepada Parti Warisan.
Bagaimanapun pada 30 Julai 2020 Mohd Shafie mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
Perkembangan politik di Sabah ketika itu menjadi hangat apabila bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Sabah sehari sebelum pengumuman pembubaran DUN .
Ketika itu, DUN Sabah mempunyai 65 kerusi dengan blok kerajaan menguasai 45 kerusi manakala blok pembangkang 20 kerusi.
Blok kerajaan terdiri daripada Warisan (31 kerusi), DAP (6), UPKO (2), PKR (2) dan ADUN dilantik (4), sementara blok pembangkang pula merangkumi Bersatu (9), PBS (4), STAR (3), Bebas (2), UMNO (1) dan ADUN dilantik (1).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018 selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya. - Gambar fail/Facebook Shafie Apdal
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.

Isu rumah Bajau Laut: 'Boleh roboh, jangan bakar' - Shafie
Tindakan penguat kuasa merobohkan rumah yang dibina masyarakat Bajau Laut di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna disifatkan langkah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan setempat.

Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.

Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.

Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung
Berhubung cadangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri di Sabah, katanya, ia bukan perkara mudah kerana perlu mengambil kira kosnya.

Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank
Langkah tersebut, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu bagi menambah pendapatan negara kerana institusi kewangan telah banyak kali meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.

Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.

Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie
Sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa diperolehi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukanlah penyelesaian tuntas dalam kemelut politik Sabah.