KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah bertemu Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung pembentukan barisan Exco Negeri Melaka.
Beliau yang juga Presiden UMNO itu menjelaskan, beberapa jawatan Timbalan Exco turut akan diwujudkan, malah barisan Exco kali ini akan melibatkan rakan-rakan politik Kerajaan Perpaduan di Melaka.
"Tadi saya telah dikunjungi Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengemukakan senarai nama barisan Exco Melaka bersama portfolio dan saya yakin beliau akan mempersembahkan nama-nama kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
"Terdapat perubahan bukan sahaja dari portfolio, juga beberapa nama mungkin akan diwujudkan jawatan Timbalan Exco untuk beberapa portfolio tertentu.
"Saya ingin memgesahkan rakan-rakan kita dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat akan diambil kira di barisan Exco ada. Ini satu optik baru... menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat," ujarnya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, nama-nama barisan Exco itu akan dipersembahkan oleh Ab Rauf kepada Mohd Ali.
"Saya beri kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk persembahkan kepada Tuan Yang Terutama.
"Kita harus beri peluang beliau, buktikan beliau boleh lakukan yang terbaik dan kesenimambungan pentadbiran terdahulu diteruskan," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini pada Ahad.
Fareez Azman
Sun Apr 02 2023

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu menjelaskan, beberapa jawatan Timbalan Exco turut akan diwujudkan, malah barisan Exco kali ini akan melibatkan rakan-rakan politik Kerajaan Perpaduan di Melaka. - Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Barisan Exco Melaka libatkan rakan parti politik Kerajaan Perpaduan - Zahid
Jelas Ahmad Zahid, beberapa jawatan Timbalan Exco juga akan diwujudkan, malah barisan Exco kali ini akan melibatkan rakan-rakan politik Kerajaan Perpaduan di Melaka.