KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dilihat tidak pernah mendahului presiden parti dalam isu dasar taktikal atau bertindak sebagai ketua penerangan parti lain, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.
Tun Faisal berpandangan demikian susulan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menegur Annuar kerana mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sebuah parti yang kalah sebelum ini.
Katanya pandangan itu hanya bermatlamat mempertahankan agenda penyatuan ummah, kuasa politik ummah dan memastikan UMNO tidak tersilap langkah dalam percaturan politik menjelang PRU-15.
"Saya yakin Annuar bukan bercakap bagi pihak Bersatu dan mendahului Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dalam soal taktikal.
"Saya percaya Annuar hanya mempertahankan kejujuran politik iaitu bercakap benar dan tidak menyembunyikan fakta sebenar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata adalah tidak wajar untuk terus menerus memainkan naratif palsu mengenai PRN Sabah yang direka-reka untuk memberi justifikasi kepada usul menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan cara menyemarakkan permusuhan dengan Bersatu.
"Saya berdoa supaya Ahli MKT, ahli UMNO dan cybertrooper berbayar yang memainkan naratif palsu, sentimen kebencian dan anti penyatuan Ummah ini segera insaf dan kembali kepada asas perjuangan sebenar iaitu pemerintah Islam, permuafakatan Ummah, penyatuan bangsa, 'NO Anwar dan NO DAP.'
"Jangan bersubahat dengan penyebar naratif palsu dan usaha menghalalkan sokongan terhadap Anwar," katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu menambah, Annuar mungkin dilihat seolah-olah bersendirian dalam menyatakan perkara tersebut secara terbuka, namun hakikatnya sebaliknya.
"(Ini kerana) tiga kali usul menyokong Anwar dibawa ke dalam mesyuarat melibatkan Ahli Parlimen dan pemimpin tertinggi UMNO (dan) tiga kali juga usul ini ditolak. Apakah maksudnya," soalnya.
"Maksudnya, Annuar mungkin salah seorang yang menyuarakannya di media, tapi bukan bagi pihak Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya bagi pihak majoriti Ahli MKT dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang masih belum mahu menyuarakan pandangan mereka secara terbuka tapi telah menegaskan pendirian mereka dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan mereka," ujarnya.
Mohd Puad Zarkashi semalam menegur Setiausaha Agung BN itu dengan mengingatkannya supaya tidak mendahului presiden parti dalam isu dasar taktikal atau bertindak sebagai ketua penerangan parti lain.
Fauzi Suhaimi
Mon Nov 23 2020
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dilihat tidak pernah mendahului presiden parti dalam isu dasar taktikal atau bertindak sebagai ketua penerangan parti lain. - Gambar fail
19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Hi-TVET akan terus diperkukuh dengan program berimpak tinggi - Ahmad Zahid
Ini termasuk memilih Melaka sebagai pusat Hi-TVET di UTeM menerusi program kecerdasan buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT) dan robotik.
PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid
Perdana Menteri mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.
Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka China
Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final semalam sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai.
140,000 huffaz cilik bakal lahir menerusi Tabika Pra-Tahfiz Kemas pada 2026 - Ahmad Zahid
Seramai 140,000 kanak-kanak huffaz cilik bakal dilahirkan menerusi Program Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz Kemas.
Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid
Hanya kerajaan Johor yang memberikan kemudahan menyewa rumah dengan sebahagian daripada harga sewa menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
Pameran produk halal perlu diselaras agar impak meluas - Ahmad Zahid
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai pameran produk halal antaranya MIHAS, Halfest, dan KUD, namun tujuannya hanya satu iaitu memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa.
Banjir: Ahmad Zahid seru orang ramai patuhi arahan dan berjaga-jaga
Orang ramai diseru mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Kerajaan akan lihat usaha jangka panjang kaedah penjagaan pokok tua
Kerajaan akan melihat usaha jangka panjang bagi penjagaan pokok khususnya yang telah tua tanpa menggunakan kaedah tebang semata-mata,
Malaysia, Tajikistan perkukuh hubungan dua hala - Ahmad Zahid
Malaysia dan Tajikistan akan terus memperkukuh hubungan dua hala terutama dalam sektor ekonomi, pendidikan serta kebudayaan.