Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO akan memecat anggotanya yang menjadi pencadang, penyokong atau penaja calon Bebas dan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden, berkata tindakan tegas perlu diambil kerana kumpulan itu telah mengkhianati parti.
"Saya ingin menyebutkan bahawa memang terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian yang bertanding sebagai calon Bebas atau calon parti pembangkang.
"Sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan UMNO, mereka yang terlibat secara langsung, secara automatik (mereka) akan terkeluar menjadi ahli UMNO," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program NBOS: 1AMANWEEK 2018 Banteras Jenayah Dan Perangi Dadah di Dataran Bagan Datuk di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid memuji tindakan parti politik termasuk pembangkang yang menjaga displin para penyokong sehingga tidak menimbulkan sebarang kekecohan dan kekacauan pada hari penamaan calon semalam.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata tiada sebarang insiden kekerasan dan tidak diingini berlaku yang memerlukan campur tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak mengawal keselamatan di sekitar kawasan penamaan calon.
Beliau berpuas hati dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta di kawasan 'hotspot' atau ' flash point'.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) semalam sewaktu diadakan penamaan calon di seluruh negara kerana tidak berlaku sebarang insiden yang memerlukan campur tangan PDRM.
"Walaupun ada insiden yang menggunakan dron tetapi itu adalah di bawah (tanggungjawab) DCA (Jabatan Penerbangan Awam)," katanya.
Ahmad Zahid berharap trend itu dapat dikekalkan sepanjang tempoh berkempen terutamanya pada hari pengundian pada 9 Mei ini.
"Saya berharap semua parti politik dapat menghormati peraturan dan mengawal perasaan pengikut masing-masing dan saya berterima kasih kepada PDRM yang mengambil inisiatif untuk melakukan 'engagement' dengan semua parti politik supaya mereka lebih berketertiban ketika berkempen dan hari mengundi," katanya.
Sementara itu, Mohamad Fuzi ketika diminta mengulas mengenai laporan terdapat kain rentang yang menyinggung dan mencetuskan sensitiviti sepanjang tempoh proses penamaan berlangsung, beliau berkata ia sebagai kes terpencil di mana jumlahnya kurang daripada 10 kes di seluruh negara.
"Kita telah mengambil tindakan yang perlu dan jalankan siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 29 2018
Ahmad Zahid memuji tindakan parti politik termasuk pembangkang yang menjaga displin para penyokong sehingga tidak menimbulkan sebarang kekecohan dan kekacauan pada hari penamaan calon semalam. - fotoBERNAMA
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 1) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Moe Thuzar, Senior Fellow at ISEAS Yusof Ishak Institute in Singapore. She’s also the Coordinator of its Myanmar Studies Programme.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
AWANI Tonight 29 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Over 100,000 displaced, flood worsens in nine states
2. TikTok to ban teens from using beauty filters
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Over 100,000 displaced, flood worsens in nine states
2. TikTok to ban teens from using beauty filters
#AWANIEnglish #AWANINews
Ringgit ditutup tinggi, cerminkan trend serantau
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir bulan ini, mencerminkan pengukuhan beberapa mata wang serantau.
Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,
Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.
'Saya masih ahli UMNO, belum terima surat' - Shahelmey
Sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat mengenai penggugurannya sebagai ahli UMNO.
Rusia isytihar penamatan keahlian UNHRC
Rusia akan terus menyumbang terhadap perlindungan hak asasi manusia meskipun telah menarik diri dari menganggotai pertubuhan itu.
2,433 ahli kongsi gelap dicekup sejak 2015 di bawah POCA
Dengan penangkapan ahli kongsi gelap tersebut, kadar jenayah melibatkan kumpulan kongsi gelap di Selangor agak terkawal.
Polis kesan geng kongsi gelap aktif rekrut ahli, termasuk pelajar sekolah
Siasatan mendapati jumlah ahli kumpulan tersebut hampir mencecah 100 orang dan lebih membimbangkan, 10 peratus daripadanya merupakan pelajar sekolah.
Permohonan i-Sinar diberi kelulusan bermula 8 Mac
Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.
i-Sinar pilihan terbaik kepada golongan bersasar, kata ahli ekonomi
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata skim itu bertujuan membantu golongan terjejas yang kehilangan pekerjaan dan menerima pemotongan gaji.
Ahli PAS lebih 1 juta tetapi hanya 806,000 aktif - Takiyuddin
Keahlian Pas sebelum ini mencecah lebih satu juta, namun terdapat kira-kira 200,000 ahli yang tidak aktif.
Bersatu utama anggota yang berkualiti - Rais Yatim
Keanggotaan berkualiti merujuk kepada anggota yang kenal dengan perlembagaan, budaya berparti dan kepentingan parti.
Tun Mahathir tidak puas hati jumlah ahli Bersatu
Dr Mahathir berkata, situasi berkenaan sekali gus menyebabkan kekangan dalam menjalankan aktiviti atau mendapatkan sokongan anggota.
7,206 ahli UMNO keluar parti, sertai Warisan
Parti Warisan Sabah (Warisan) menerima kemasukan 7,206 bekas ahli UMNO menyertai 121 cawangan di bahagian Kalabakan, di sini.