KUALA LUMPUR:Kemudahan pengeluaran simpanan untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah program i-Sinar adalah pilihan terbaik kepada golongan bersasar bagi membantu mereka meneruskan kehidupan ketika pasca pandemik, demikian menurut ahli ekonomi.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata skim itu bertujuan membantu golongan terjejas yang kehilangan pekerjaan dan menerima pemotongan gaji.
"Wujud keperluan dari segi bantuan wang dalam jangka sederhana dan mengeluarkan simpanan KWSP adalah antara kaedah untuk meringankan beban kewangan mereka," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat keperluan untuk memastikan simpanan ahli KWSP bagi persaraan adalah terpelihara memandangkan rakyat pada masa ini mempunyai kecenderungan untuk hidup lebih lama.
Jelasnya, penyelarasan yang lebih baik membabitkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan adalah penting bagi memastikan semua individu tahu di mana mereka boleh mendapatkan bantuan.
"Apa yang lebih penting pada masa ini ialah penyampaian langkah-langkah yang efektif seperti program pindahan wang menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bantuan kewangan bersasar oleh bank, geran, padanan pekerjaan dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MauKerja.my Ray Teng berkata skim KWSP yang terkini itu perlu dimanfaatkan oleh mereka yang kehilangan pekerjaan dan berdepan masalah besar dalam aliran tunai.
"Terdapat kebaikan dan keburukannya dalam isu ini. Orang ramai mempunyai pilihan sama ada ingin memanfaatkan program ini atau tidak. Namun, sekiranya anda benar-benar memerlukan wang dan tiada kaedah lain, anda perlu memanfaatkan program ini," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, i-Sinar hanyalah langkah sementara kepada golongan yang terlibat untuk menggunakan simpanan persaraan mereka dan terus bertahan dari segi kewangan.
"Sudah tentu, sekiranya anda memilih untuk tidak menggunakan simpanan anda melalui program i-Sinar ini, KWSP akan mempunyai lebih banyak wang untuk pelaburan yang akan memberi kebaikan kepada kita dari segi dividen pada masa depan," kata Teng.
Pada Isnin, KWSP mengumumkan bahawa i-Sinar akan memberi manfaat kepada dua juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan disediakan.
Bagi ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, mereka akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 manakala ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020

i-Sinar akan memberi manfaat kepada dua juta ahli KWSP yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan disediakan.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Permohonan i-Sinar diberi kelulusan bermula 8 Mac
Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

Kerajaan, KWSP akan permudahkan proses kelulusan i-Sinar
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang telah memohon atau permohonan sedang diproses.

KWSP dalam proses mansuhkan kriteria i-Sinar
Pemansuhan kriteria i-Sinar ini akan melibatkan perubahan kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Status i-Sinar anda lulus? KWSP umum berdepan isu teknikal
Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

Lelaki ditahan guna duit i-Sinar sewa lori seludup ketum
Hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik yang mengandungi daun ketum.

Majikan tanggung kos saringan COVID-19 dapat potongan cukai berganda
Majikan yang menanggung kos saringan COVID-19 akan mendapat potongan cukai berganda bagi bayaran kos saringan pekerja yang dibuat sepanjang tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul.

i-Sinar: Kerajaan perlu kaji semula had pengeluaran - Pensyarah
Kerajaan disarankan agar mempertimbangkan semula kadar had pengeluaran bagi inisiatif i-sinar.

Pejabat KWSP Alor Setar diserbu awal pagi sejak tiga hari lepas
Kesanggupan mereka berbaris panjang bertujuan untuk mengemaskini data peribadi seperti nombor telefon bimbit bagi memudahkan permohonan pengeluaran Akaun 1 i-Sinar secara dalam talian.

Permohonan i-Sinar dibuka hari ini
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat, hanya kriteria - KWSP
Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah hanya kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).