KUALA LUMPUR:Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah hanya kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP dalam satu maklum balas yang dikeluarkan hari ini menjelaskan bahawa ini adalah untuk membolehkan proses kelulusan dipercepatkan dengan mudah dan selamat.
"Proses pengesahan diperlukan untuk mengelakkan penipuan dan pengeluaran i-Sinar secara tidak sah oleh pihak ketiga.
"Ahli yang memenuhi kriteria, permohonannya akan diluluskan secara automatik. Permohonan ahli yang dibuat dalam talian hanya memerlukan pengesahan amaun maksimum sahaja dan tidak susah atau sukar," kata dana pencen itu.
Ia juga berkata oleh kerana setiap situasi ahli adalah unik, Kategori 2 memberi ruang kepada KWSP mempertimbangkan situasi ahli berdasarkan dokumen sokongan yang boleh dipohon secara dalam talian.
Mengenai mengapa KWSP tidak memberi kelulusan automatik i-Sinar kepada mereka yang telah memohon i-Lestari, ia berkata situasi ketika KWSP melancarkan i-Lestari dan i-Sinar sangat berbeza, negara berada dalam situasi yang berlainan pada ketika itu dan pada masa sekarang.
"Bagaimanapun, KWSP memahami bahawa situasi ekonomi berbeza bagi ahli bergantung kepada sektor pekerjaan dan industri dan i-Sinar tersedia untuk membantu ahli-ahli tersebut," katanya.
Bagi individu yang gusar tidak dapat memohon kerana tidak mengalami pengurangan gaji sebanyak 30 peratus, KWSP berkata masih ada ruang di bawah Kategori 2 untuk mempertimbangkan permohonan ahli yang terkesan.
BACA: Kenapa pemohon i-Lestari tidak terus diluluskan ke i-Sinar? Ini penjelasan KWSP...
BACA: i-Sinar: KWSP tidak 'tutup pintu', Kategori 2 pertimbang situasi unik dihadapi ahli
BACA: i-Sinar: KWSP umum dua kategori ahli yang layak memohon
"Sekiranya ahli mengalami pengurangan pendapatan atau gaji dan mempunyai dokumen sokongan sebagai bukti, ahli digalakkan untuk memohon pada 11 Januari 2021. KWSP akan mempertimbangkan permohonan tersebut.
"Ini untuk memastikan pintu tidak tertutup dan memberi peluang untuk seramai ahli yang mungkin untuk memohon i-Sinar, yang dianggarkan sehingga 8 juta pemohon," katanya.
Bagi pengeluaran berperingkat untuk enam bulan yang dinyatakan, KWSP menjelaskan bahawa ia adalah untuk memastikan ahli dibantu untuk tempoh selama yang mungkin dan memahami bahawa bulan pertama adalah penting untuk ahli membayar tanggungan dan perbelanjaan awal tahun seperti persekolahan anak dan lain-lain.
"Oleh itu, pendekatan secara berperingkat adalah berdasarkan beberapa pertimbangan iaitu data semasa tanggungan ahli KWSP, perlunya memanjangkan tempoh bantuan kerana ketidaktentuan tempoh penularan pandemik COVID-19; dan mengimbangi aliran tunai dan struktur pelaburan sedia ada KWSP," katanya.
Bagi permohonan Kategori 1, KWSP telah mempercepatkan proses permohonan melalui kelulusan automatik menggunakan data dalaman di mana dianggarkan ahli akan menerima pembayaran pertama pada pertengahan Januari 2021.
"Untuk mereka dalam Kategori 2, KWSP menganggarkan masa pemprosesan antara 2 hingga 3 minggu daripada tarikh permohonan, untuk membolehkan pengesahan dokumen dan pertimbangan kes demi kes. Dianggarkan ahli akan menerima pembayaran pertama pada akhir Februari," katanya.
KWSP juga menyeru ahli yang memohon untuk memastikan i-Akaun mereka aktif, nombor telefon dikemas kini bagi menerima nombor TAC dan nombor akaun bank aktif.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Pengeluaran i-Sinar tidak bersyarat dan apa yang dicirikan adalah hanya kriteria untuk memastikan permohonan selari dengan data sedia ada KWSP. - Gambar fail
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
ADIA akan main peranan penting dalam transformasi MAHB - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.
GDA kekal dengan tawaran RM11 sesaham bagi MAHB
GDA, konsortium yang mencadangkan penstrukturan semula kepentingan MAHB kekal dengan harga tawaran RM11 sesaham, meskipun terdapat cadangan daripada pengarah bebas untuk menolak tawaran itu.