KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya menegaskan bahawa beliau kini masih lagi ahli UMNO.
Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu berkata, sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat mengenai penggugurannya sebagai ahli UMNO.
"Apa yang saya boleh komen setakat ini, saya masih ahli UMNO, belum ada terima surat.
"Sekarang bukan masa untuk berpolitik, tetapi untuk berkhidmat untuk rakyat. Kita boleh berpolitik lagi bila masa mengundi. Kita tunggu lagilah dua tahun setengah," katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Moyog, di sini, pada Isnin.
Shahelmey berkata demikian ketika ditanya mengenai UMNO yang sebulat suara meluluskan usul pindaan perlembagaan mengugurkan keahlian secara automatik kepada mana-mana ADUN atau ahli Parlimen menyertai pakatan lain yang UMNO tiada dalam pakatan berkenaan pada Jumaat lalu.
Sementara itu, ADUN Sugut Datuk James Ratib turut mengambil pendirian yang sama untuk terus bekerja demi rakyat.
"Sekarang ini kita belum mendapat apa-apa tindakan atau sebagainya, jadi kita tunggu sajalah. Macam Datuk Bung (Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin) kata, 'game masih on', jadi kita tunggu sajalah apa yang dimaksudkannya.
"Yang penting kita masih berkhidmat kepada rakyat seperti biasa. Politik ialah politik, rakyat ialah rakyat dan kita akan jalankan tugas kita sebagai wakil rakyat dan juga menteri untuk bangunkan rakyat Sabah yang masih jauh ketinggalan," katanya.
Katanya lagi, pihaknya termasuk empat lagi ADUN lain daripada BN-UMNO bersedia untuk menerima tindakan daripada parti.
"Apa saja tindakan yang mereka bagi kepada kami terutama yang lima orang ini, kami terima seadanya.
"Itu saja tetapi saya fikir rakyat di atas boleh menilai mana yang baik, mana yang buruk dan rakyat sendiri juga akan menilai, Insya-ALLAH, pilihan raya akan datang.
"Kalau kita dibuang dari UMNO pun kita terima, yang penting kita bersama-sama dengan rakyat untuk memajukan Sabah," katanya.
Sebelum itu, Shahelmey dan James antara lima ADUN BN-UMNO yang tidak menyokong tindakan UMNO Sabah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Susulan daripada tindakan UMNO itu menyebabkan berlakunya kemelut politik di Sabah dan seterusnya membawa kepada rombakan kabinet di mana Bung Moktar digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Kerja Raya dan Shahelmey kemudian dilantik bagi kedua-dua jawatan berkenaan.
James pula memegang portfolio sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat bagi menggantikan tempat Shahelmey.
Tiga lagi ADUN lain ialah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk). -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 16 2023

Shahelmey pada sidang media selepas melawat Loji Rawatan Air Moyog, di Penampang. - Foto Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

Belanjawan 2025: Peruntukan infrastruktur penting untuk Sabah - Shahelmey
Kesinambungan penyaluran peruntukan pembangunan infrastruktur kepada Sabah amat penting demi manfaat rakyat.

Proses perolehan tender projek air Sabah diharap berjalan lancar - Shahelmey
Proses itu sepatutnya boleh dilaksanakan secara efektif memandangkan pelbagai peringkat pengurusan telah diselesaikan dalam tempoh setahun lalu.

15 SST projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B dikeluarkan suku ketiga 2024
Sebanyak 15 Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

KKR Sabah dalam proses stabil tekanan air - Shahelmey
KKR Sabah dalam proses menstabilkan tekanan air bagi memastikan keperluan asas itu diperoleh di seluruh kawasan di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.

Sabah belum terima maklumat rasmi projek keretapi berkelajuan tinggi - Shahelmey
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata, belum ada pemakluman terperinci mengenainya setakat ini.

Empangan di Pulau Sebatik mula beroperasi pada kadar minimum - Shahelmey
Ini adalah susulan daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan di Sabah pada Khamis lepas.

PRN Sabah mungkin menyaksikan pemilihan Parlimen Putatan - Bung Moktar
Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan digantung keahlian dalam UMNO pada 2023 menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN.

Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.