PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya berharap proses perolehan tender bagi melaksanakan projek-projek di bawah pelan menyelesaikan isu air di Sabah menggunakan peruntukan RM320 juta daripada Kerajaan Persekutuan, dapat berjalan lancar.
Beliau berkata proses perolehan itu sepatutnya boleh dilaksanakan secara efektif memandangkan pelbagai peringkat pengurusan telah diikuti dan diselesaikan dalam tempoh setahun selepas peruntukan itu diumumkan pada Jun tahun lepas.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata peruntukan itu, yang sudah diluluskan, masih belum lagi digunakan.
"Perkembangan terkini yang kita terima adalah kementerian Persekutuan telah mengecualikan rekayasa nilai bagi proses praperolehan. Ini bermakna, kita boleh melaksanakan tender atau panggilan tender bagi perolehan dan selepas itu barulah peruntukan akan disalurkan untuk pengeluaran surat setuju terima.
"Kita menjangka dalam Julai atau Ogos ini kita boleh menyelesaikan proses perolehan tersebut. Proses tender sepatutnya bulan ini, tetapi ada sedikit dokumentasi yang perlu dikemas kini," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai peruntukan itu, semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jiwa Komuniti MADANI berkonsepkan viewing party atau lebih dikenali sebagai wayang pacak sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Dewan PPR Taman Sri Serigai, di sini.
Program anjuran Jabatan Penerangan Sabah itu dihadiri oleh 240 komuniti MADANI dan masyarakat setempat sekitar Putatan.
Dalam perkembangan lain, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata pembangunan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di daerah itu perlu ditambah berikutan permohonan daripada penduduk yang memerlukan kediaman tersebut.
Setakat ini, Putatan hanya mempunyai dua PPR iaitu PPR Taman Sri Serigai dan PPR Taman Sri Keramat yang kedua-duanya penuh, katanya.
Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun lepas untuk membina dua lagi PPR dalam kawasan Parlimen Putatan, iaitu di Kampung Potuki dan Pasir Putih.
"Jabatan Perumahan Negara telah melawat tapak itu. Untuk Belanjawan 2024 di Sabah, kita dimaklumkan bahawa hanya tapak PPR di Kuala Penyu yang diluluskan sementara Putatan masih dalam perhatian (KIV)," jelasnya.
Bagaimanapun, Shahelmey telah memaklumkan kepada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan untuk mengemukakan semula permohonan agar PPR baharu dapat dibina, memandangkan keperluan perumahan di daerah itu adalah sangat tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Shahelmey berkata, pembangunan rumah di bawah PPR di daerah Putatan perlu ditambah berikutan permohonan daripada penduduk yang memerlukan kediaman tersebut. - Gambar fail
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Proses perolehan tender projek air Sabah diharap berjalan lancar - Shahelmey
Proses itu sepatutnya boleh dilaksanakan secara efektif memandangkan pelbagai peringkat pengurusan telah diselesaikan dalam tempoh setahun lalu.

Air Sabah: Kerajaan negeri ambil langkah awal guna peruntukan sendiri
Shahelmey berkata, keputusan itu diambil bagi membiayai lapan projek bernilai RM182 juta yang diluluskan pada 13 Jun lalu.

Rizab margin bekalan air Sabah rendah pada tahap 7.3 peratus - Armizan
Rizab margin bekalan air di Sabah kini adalah rendah pada tahap 7.3 peratus.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujud selesai masalah bekalan air - Bung Moktar
Pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air Sabah perlu dibuat di DUN terlebih dahulu sebelum suruhanjaya itu dapat diwujudkan.

Seluruh luar bandar Sabah terima bekalan air terawat menjelang 2035 - Limus
Kerajaan negeri dan persekutuan menyasar untuk membekalkan air terawat ke seluruh kawasan luar bandar Sabah menjelang 2035, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.