KOTA KINABALU: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujudkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berlarutan sejak sekian lama, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pengwujudan suruhanjaya itu merupakan usaha jangka panjang dilakukan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah berkenaan selain berfungsi mengawasi perkhidmatan air dan pembetungan di negeri ini.
Beliau berkata bagaimanapun pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air Sabah perlu dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum suruhanjaya itu dapat diwujudkan.
"Penubuhan suruhanjaya ini merupakan satu daripada perkara yang akan dimasukkan dalam Huju Tuju Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Kita yakin penubuhan suruhanjaya ini akan mengurangkan birokrasi dan meningkatkan kecekapan negeri dalam mengurus masalah air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bung Moktar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat semalam yang mencadangkan Sabah mewujudkan satu enakmen mengawal selia industri bekalan air untuk memastikan fungsi kawal selia dan operasi diasingkan.
Menurutnya satu forum telah diadakan untuk membincangkan penubuhan suruhanjaya berkenaan semalam yang turut dihadiri Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Datuk Mohd Jasmin Juplin dan Pengarah Jabatan Air Sabah Edward Lingkapo.
"Bagi menangani isu-isu bekalan air di Sabah, JANS memerlukan sekitar RM13 bilion untuk mengganti dan menaik taraf sistem bekalan air seperti rangkaian paip lama dan menaik taraf loji rawatan air yang bermasalah.
"JANS adalah satu-satunya utiliti air di Malaysia yang masih berstatus jabatan dan menguruskan bekalan airnya sendiri tanpa bantuan secara langsung daripada kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata melalui suruhanjaya itu kerajaan negeri berharap bantuan secara langsung dapat diperoleh daripada kerajaan Persekutuan untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi dalam usaha meningkatkan sistem bekalan air di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua, kanan) ketika melakukan lawatan Projek Loji Rawatan Air Kedua Pitas, 18 Okt, 2021. Turut sama, Bung Moktar (depan tiga, kanan). --fotoBERNAMA
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
Air Sabah: Kerajaan negeri ambil langkah awal guna peruntukan sendiri
Shahelmey berkata, keputusan itu diambil bagi membiayai lapan projek bernilai RM182 juta yang diluluskan pada 13 Jun lalu.
Rizab margin bekalan air Sabah rendah pada tahap 7.3 peratus - Armizan
Rizab margin bekalan air di Sabah kini adalah rendah pada tahap 7.3 peratus.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujud selesai masalah bekalan air - Bung Moktar
Pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air Sabah perlu dibuat di DUN terlebih dahulu sebelum suruhanjaya itu dapat diwujudkan.
Seluruh luar bandar Sabah terima bekalan air terawat menjelang 2035 - Limus
Kerajaan negeri dan persekutuan menyasar untuk membekalkan air terawat ke seluruh kawasan luar bandar Sabah menjelang 2035, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.