KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen daripada semua parti politik perlu akur dengan kehendak rakyat dan meninggalkan amalan politik berpuak-puak untuk bersama-sama melakukan pembaharuan dan mentadbir negara, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan.
Justeru, beliau berkata TI-M menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan menunaikan semua janji manifesto tanpa memberi sebarang alasan, penangguhan atau membuat pusingan-U.
"Manifesto perlu ditunaikan terutamanya yang tertangguh sebelum ini berikutan penyingkiran Pakatan Harapan daripada kerajaan selepas 'Langkah Sheraton'," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, Muhammad berkata pembaharuan terutama berkaitan antirasuah dan tadbir urus mesti dilaksanakan tanpa berlengah termasuk Akta Politik Wang, pengasingan kuasa Jabatan Peguam Negara dan pendakwa raya serta pengisytiharan aset bagi semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.
Beliau berkata pelantikan ketua agensi kerajaan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen, pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah suruhanjaya di bawah Perlembagaan juga harus dilaksanakan.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata kerajaan baharu di bawah kepimpinan Anwar penting untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dan membangun secara mampan.
"Kami berharap kerajaan akan terus terlibat dengan UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) bagi melindungi dan menempatkan semula pelarian.
"Kami perlukan penglibatan anda dalam UNHCR dan negara penempatan semula untuk meningkatkan kuota penempatan semula memandangkan tiada tanda-tanda kami dapat kembali ke tanah air dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan.
Zafar berkata MERHROM gembira dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan pelarian di Malaysia dan berharap kerajaan baharu akan meneruskan usaha dalam menyediakan pendidikan kepada pelarian selain hak asasi yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022

TI-M menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan menunaikan semua janji manifesto tanpa memberi sebarang alasan, penangguhan atau membuat pusingan-U. - Gambar/ Bernama

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Proses mahkamah perlu lancar tanpa campur tangan - TI-M
Pihak mahkamah perlu diberikan peluang untuk menjalankan tugas mereka sebagai badan kehakiman berdasarkan undang-undang sedia ada.

Akur kehendak rakyat, tunaikan janji manifesto - Transparency International Malaysia
Ahli Parlimen daripada semua parti politik perlu akur dengan kehendak rakyat dan meninggalkan amalan politik berpuak-puak untuk bersama-sama melakukan pembaharuan dan mentadbir negara.

Institusi Kehakiman negara seharusnya bebas dari segi struktur, cabang utama - TI-M
Institusi Kehakiman Malaysia adalah bebas dari segi struktur dan terpisah dari cadang-cabang yang lain.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

TI-M gesa kerajaan tambah baik PDRM
Presiden TI-M Muhammad Mohan berkata pembaharuan dalam pasukan itu perlu dilakukan secara dalaman mahupun luaran.n

Skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh, ini puncanya
Ini antara faktor yang memungkinkan skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh.

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

71 peratus rasa rasuah kerajaan masalah serius, 67 peratus puji usaha banteras rasuah
Transparency International Malaysia (TI-M) mendapati 71 peratus rakyat Malaysia berpendapat rasuah di pihak kerajaan adalah masalah serius.

NACP: Kikis imej kleptokrat, integriti Malaysia kembali dihormati - Dr Mahathir
Setahun selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, imej kleptorat yang dikaitkan dengan Malaysia sebelum ini berjaya dikikis sekaligus meletakkan integriti negara kembali dihormati