SHAH ALAM: Proses mahkamah perlu berjalan dengan lancar tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk perdana menteri sendiri sehingga boleh mencemarkan prosedur kes terbabit.
Exco Transparency International Malaysia (TI-M), Alan Kirupakaran berkata, ia berikutan pihak mahkamah perlu diberikan peluang untuk menjalankan tugas mereka sebagai badan kehakiman berdasarkan undang-undang sedia ada.
“Dua-dua pihak yang menuduh dan tertuduh akan diberi peluang untuk menghujah kes mereka masing-masing.
“Yang penting adalah kita jangan politikkan sesuatu kes itu bila ia masuk ke mahkamah, biar proses mahkamah itu berjalan lancar dan sampai ke penghujungnya mengikut undang-undang sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan mengganggu sebarang proses undang-undang melibatkan jemaah menteri yang terlibat dengan kes mahkamah.
Anwar memaklumkan, pihaknya telah memaklumkan kepada Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bahawa negara ini mesti ditegakkan atas prinsip negara hukum.
Dalam pada itu, ujar Alan, sebarang kes yang dibawa ke mahkamah juga tidak boleh melibatkan sebarang konflik berkepentingan daripada mana-mana pihak.
“Bila tidak ada konflik berkepentingan, kita tidak menimbulkan apa-apa perasaan atau pengaruh kepada sesuatu keputusan,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 24 2023

Alan Kirupakaran berkata, ia berikutan pihak mahkamah perlu diberikan peluang untuk menjalankan tugas mereka sebagai badan kehakiman berdasarkan undang-undang sedia ada. -Foto Sinar Harian

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Proses mahkamah perlu lancar tanpa campur tangan - TI-M
Pihak mahkamah perlu diberikan peluang untuk menjalankan tugas mereka sebagai badan kehakiman berdasarkan undang-undang sedia ada.