KUALA LUMPUR:Transparency International Malaysia (TI-M) mendapati 71 peratus rakyat Malaysia berpendapat rasuah di pihak kerajaan adalah masalah serius, manakala 67 peratus berpandangan usaha kerajaan membanteras rasuah harus dipuji.
Memperincikan dapatan peratusan rasuah dalam kerajaan sebagai serius, Presidennya Dr Muhammad Mohan berkata daripada semua institusi awam, ramai berpendapat bahawa Ahli Parlimen (36 peratus), polis (30 peratus) dan pegawai kerajaan (28 peratus), menduduki ranking teratas persepsi rasuah.
Sementara berhubung peratusan tinggi mengatakan usaha kerajaan banteras perlu dipuji, katanya dapat dilihat bahawa maklum balas positif itu berpunca daripada tindakan agresif beberapa agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polisi yang dilaksanakan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) seperti Pelan Antirasuah Nasional (NACP).
"Rakyat masih berharap dan tidak hilang kepercayaan terhadap penguatkuasaan undang-undang serta perkhidmatan awam, dan percaya rasuah masih boleh dihapuskan.
"Namun begitu, terdapat penurunan terhadap kepercayaan terhadap ahli politik dan pegawai mereka sejak akhir-akhir ini, berkemungkinan besar berpunca daripada ketidakstabilan politik, lompat parti, tuduhan politik wang dan skandal rasuah, melibatkan tokoh politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Muhammad, dapatan itu merupakan hasil daripada tinjauan yang dijalankan dalam tempoh Julai 2019 hingga Jun 2020 menerusi Global Corruption Barometer (GCB) Asia 2020, pada tahun yang menyaksikan Malaysia berada di bawah pemerintahan dua kerajaan berbeza.
Katanya, Transparency International hari ini melancarkan tinjauan GCB Asia 2020, yang merangkumi 17 negara dengan seramai 20,000 responden.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Dapatan itu merupakan hasil daripada tinjauan yang dijalankan dalam tempoh Julai 2019 hingga Jun 2020 menerusi Global Corruption Barometer (GCB) Asia 2020. -Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Proses mahkamah perlu lancar tanpa campur tangan - TI-M
Pihak mahkamah perlu diberikan peluang untuk menjalankan tugas mereka sebagai badan kehakiman berdasarkan undang-undang sedia ada.

Akur kehendak rakyat, tunaikan janji manifesto - Transparency International Malaysia
Ahli Parlimen daripada semua parti politik perlu akur dengan kehendak rakyat dan meninggalkan amalan politik berpuak-puak untuk bersama-sama melakukan pembaharuan dan mentadbir negara.

Institusi Kehakiman negara seharusnya bebas dari segi struktur, cabang utama - TI-M
Institusi Kehakiman Malaysia adalah bebas dari segi struktur dan terpisah dari cadang-cabang yang lain.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

TI-M gesa kerajaan tambah baik PDRM
Presiden TI-M Muhammad Mohan berkata pembaharuan dalam pasukan itu perlu dilakukan secara dalaman mahupun luaran.n

Skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh, ini puncanya
Ini antara faktor yang memungkinkan skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh.

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

71 peratus rasa rasuah kerajaan masalah serius, 67 peratus puji usaha banteras rasuah
Transparency International Malaysia (TI-M) mendapati 71 peratus rakyat Malaysia berpendapat rasuah di pihak kerajaan adalah masalah serius.

NACP: Kikis imej kleptokrat, integriti Malaysia kembali dihormati - Dr Mahathir
Setahun selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, imej kleptorat yang dikaitkan dengan Malaysia sebelum ini berjaya dikikis sekaligus meletakkan integriti negara kembali dihormati