KUALA LUMPUR: Institusi Kehakiman Malaysia seharusnya bebas dari segi struktur dan terpisah dari cadang-cabang institusi negara yang lain.
Menurut Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan, ini kerana melalui doktrin pengasingan kuasa antara tiga cabang utama negara, ia memastikan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan berjalan tanpa sebarang gangguan mahupun merendahkan kuasa atau fungsi mana-mana badan yang lain.
Beliau memberitahu, meskipun pelantikan seseorang hakim itu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, namun pelantikan itu tidak boleh dilaksanakan sewenang-sewangnya kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan syarat-syarat khas dan perlu memenuhi syarat minimum.
"Badan Kehakiman adalah benteng terakhir dalam sistem demokrasi berperlembagaan dan kita harus mempertahankan institusi ini.
"Apa yang saya lihat hari ini, kebebasan institusi Kehakiman wujud dan tiada sebarang campur tangan Eksekutif dan lebih-lebih lagi kerajaan baru-baru ini memberi jaminan bahawa badan tersebut adalah bebas untuk membuat keputusan berdasarkan lunas undang-undang dan bukti yang ada," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Muhammad berkata, Perlembagaan Persekutuan turut memberi perlindungan dalam bentuk yang menjamin sistem dan struktur badan Kehakiman daripada diganggu seperti yang telah digariskan dalam undang-undang.
Dalam pada itu, beliau menggesa polis untuk mengambil tindakan segera ke atas mana-mana pihak yang melakukan serangan atau ugutan terhadap institusi itu.
"Namun begitu, kritikan atau serangan ke atas institusi Kehakiman apabila sesuatu keputusan tidak memihak kepada mereka, saya yakin ia tidak akan mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh mana-mana hakim kerana keputusan yang dibuat adalah bersandarkan kepada undang-undang dan bukti yang ada," jelasnya lagi.
Umavathi Ramayah
Sat Aug 20 2022

Muhammad berkata, melalui doktrin pengasingan kuasa antara tiga cabang utama negara menyaksikan fungsi-fungsi yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan berjalan tanpa sebarang gangguan. - Gambar fail/BERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Hakim Mexico lancar mogok nasional bantah reformasi kehakiman Presiden
Hakim dan majistret Mexico mulakan mogok tanpa had terhadap cadangan pembaharuan badan kehakiman oleh Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

Noor Farida ikon undang-undang yang banyak berjasa kepada negara
Noor Farida disifatkan sebagai seorang pegawai undang-undang yang sangat cemerlang serta disegani oleh warga jabatan.

Polis ambil keterangan ADUN Kijal
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain menjelaskan Razali disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Belanjawan 2024: Reformasi perundangan kehakiman bantu rakyat dapat keadilan saksama
Peruntukan diharap jadi wadah kepada badan kehakiman untuk melatih hakim-hakim berteraskan kualiti penghakiman yang tinggi.

Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM56 juta, perkukuh institusi perundangan, kehakiman
PM Anwar berkata, RM18 juta bagi urusan reformasi perundangan, dan RM38 juta bagi tingkatkan produktiviti institusi kehakiman negara.

Perlu segerakan reformasi sistem kehakiman dan perundangan elak persepsi negatif
Persepsi negatif akan terus berlarutan selagi reformasi sistem kehakiman dan perundangan tidak dilaksanakan.

Mahkamah perlu diberi kuasa buat keputusan secara bebas - Wan Junaidi
Kebebasan ini perlu merangkumi situasi ketika hakim perlu menggunakan budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

23 Mei dengar kebenaran merayu Najib, Shafee batal kelayakan Sri Ram
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Bahagian Sivil di Jabatan Peguam Negara Shamsul Bolhassan.

Isu campur tangan kehakiman: Anwar minta penjelasan Muhyiddin
Menurut Anwar, gesaan itu dibuat susulan kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa tidak ada campurtangan dari pihaknya melibatkan kes-kes berprofil tinggi di negara ini.

Bab kebebasan kehakiman dalam MoU perlu lebih spesifik - Rahezzal Shah
Ketidakjelasan menimbulkan tanda tanya rakyat berhubung maksud sebenar di sebalik kenyataan yang tidak spesifik itu.