KUALA TERENGGANU: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu daripada Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bersikap berat sebelah jika terdapat cacat cela pada pentadbiran kerajaan negeri memandangkan tiada wakil pembangkang dalam dewan legislatif negeri itu.
Veteran politik Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata walaupun ADUN tersebut daripada gabungan parti politik yang sama, mereka mesti berani menyuarakan pandangan demi kesejahteraan rakyat.
"Moleknya ada pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), namun apa yang berlaku kini sebaliknya dan macam mana nak berbahas dalam sidang DUN dengan baik sebab biasanya pembangkanglah yang bagi pendapat berhubung masalah rakyat.
"Bila tak ada pembangkang, kita takut suara rakyat tak sampai, tak boleh bagi pendapat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tengku Ibrahim yang pernah menjadi ADUN Tanggol (Hulu Terengganu) pada 1990 berkata kesemua ADUN berkenaan tidak boleh menyebelahi pihak parti pemerintah semata-mata, sebaliknya perlu ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabtu lepas, PN menyapu bersih semua 32 kerusi DUN Terengganu, yang dimenangi 27 calon PAS dan lima Bersatu, sekali gus menjadikan DUN Terengganu buat pertama kali tanpa pembangkang sejak kemerdekaan.
Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata BN akan tampil dengan strategi-strategi yang efektif dalam menyuarakan isu-isu rakyat di negeri itu meskipun tidak berada dalam sidang DUN.
"Sekarang kami dalam tempoh bertenang...sedang menilai dan mengkaji, Insya-Allah nanti kami akan maklumkan tindakan yang sesuai diambil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, pada 15 Ogos 2023. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
ADUN Terengganu diminta jangan berat sebelah, berani suarakan pandangan
Walaupun ADUN tersebut daripada gabungan parti politik yang sama, mereka mesti berani menyuarakan pandangan demi kesejahteraan rakyat.