SUNGAI PETANI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan bahawa secara rela hati meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah berkuatkuasa serta-merta.
Beliau yang juga merupakan satu-satunya Exco daripada UMNO/ Barisan Nasional (BN) di dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sebelum ini memegang portfolio Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, dan Tenaga.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perkenan Tuanku melantiknya bagi jawatan berkenaan.
Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada barisan Exco serta kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah, semua jabatan dan agensi kerajaan, khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syarikat Air Darulaman (SADA), Tenaga Nasional Berhad (TNS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan NGO.
Suraya turut berterima kasih kepada seluruh rakyat negeri Kedah, yang selama ini memberikan kerjasama erat bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri di bawah bidang portfolionya dapat direalisasikan sebaik mungkin.
Beliau turut menyatakan bahawa tidak pernah lupa akan segala cabaran dan pengalaman membantu penyelarasan mempercepatkan projek menaiktaraf lima Loji Rawatan Air (LRA) yang tertangguh akibat dihentikan Kerajaan Negeri terdahulu.
Ianya termasuklah penerimaan manfaat bernilai RM2.62 bilion atas penstrukturan semula industri air negeri Kedah, meliputi penghapusan hutang RM1.82 bilion dan selebihnya bagi kos membina dua buah LRA baharu di Sidam Kiri dan Kodiang.
Tambahnya, antara pengalaman berharga beliau dalam memegang jawatan Exco bagi penggal kali ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat negeri Kedah, melibatkan dua buah Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk dibangunkan bagi kegunaan menakung air lebihan yang melimpah ketika musim tengkujuh yang difokuskan penggunaannya ketika musim kemarau.
Perkara yang paling mencabar dalam menjawat jawatan berkenaan adalah tidak lain tidak bukan berhadapan dengan cabaran bencana banjir dan kepala air di daerah Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santap dan krisis bekalan air pada musim kemarau tahun 2021.
Namun jelas Suraya, atas berkat kesabaran, keikhlasan dan jati dirinya selaku anak jati Kedah, beliau yakin telah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras sedaya mungkin sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah, sebagaimana yang diamanahkan Kerajaan Negeri dan rakyat negeri Kedah.
Abd Hadi Che Awang
Thu Oct 13 2022

ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah berkuatkuasa serta-merta.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

ADUN Sungai Tiang letak jawatan Exco Kedah serta-merta
ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah berkuatkuasa serta-merta.